fbpx
Now Reading
Kejam! ‘Oyen’ Cedera Kerana Dipanah Individu Tidak Bertanggungjawab
Oyen dipanah

Kejam! ‘Oyen’ Cedera Kerana Dipanah Individu Tidak Bertanggungjawab

Pihak SAFM kini giat mencari individu yang melakukan kekejaman terhadap Oyen serta mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah penderaan kucing bukanlah suatu isu yang baharu. Malah individu tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan seolah-olah tiada perasan apabila sanggup melihat si comel meronta-ronta kesakitan.

Bukan itu sahaja, mereka juga kelihatan seperti puas selepas melihat haiwan yang didera itu cedera seperti yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menerusi satu hantaran di Facebook menunjukkan seekor kuncing oren (Oyen) yang mengalami kecederaan kerana dipanah.

Seekor kucing telah dipanah dan alami kecederaan

Menurut SAFM, satu aduan berkenaan kezaliman haiwan sudah diterima oleh pihaknya pada hari ini (5 Ogos) yang menunjukkan seekor kucing yang telah dipanah dan mengalami kecederaan di bahagian tengkuk serta perlu dirawat secepat mungkin.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Jelasnya, pihak SAFM mengutuk perbuatan yang boleh membunuh serta menganaiya haiwan dan ia perlu di banteras hingga ke akar umbi.

Haiwan berhak dapat perhatian dan kasih sayang

“Haiwan juga makhluk Tuhan, sama seperti kita. Sebagaimana kita tidak mahu berbuat jahat kepada orang lain, haiwan juga berhak untuk menerima perhatian dan kasih sayang yang sama dari manusia.

“Oleh itu, SAFM meminta sebarang saksi untuk tampil ke hadapan supaya pesalah yang melakukan perbuatan zalim ini boleh ditangkap dan didakwa,” tulisnya di dalam Facebook.

Boleh disiasat bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Sebarang perilaku yang tidak bertanggungjawab kepada haiwan adalah satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Individu yang disabit kesalahan boleh dihukum maksimum 3 tahun penjara dan denda tidak kurang RM20,000 serta tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bantu kami menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini! sebarang maklumat mengenai kes ini boleh disalurkan di laman sesawang SAFM. Saksi diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.