fbpx
Now Reading
Kepulangan Ibu Penuh Tangisan, Anak Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Tiba Di Mekah [Video]

Kepulangan Ibu Penuh Tangisan, Anak Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Tiba Di Mekah [Video]

Difahamkan anak bongsu wanita itu meninggal dunia akibat kemalangan dan pada hari pertama ibunya tiba di Mekah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan impian semua umat islam di seluruh dunia, namun tak semua diberikan peluang untuk ke tanah suci Mekah itu.

Namun, bagi yang berkesempatan untuk ke tanah suci pasti akan merasakan kegembiraan yang luar biasa kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Suka bertukar duka

Bagaimanapun, cerita agak berbeza buat seorang wanita ini apabila kegembiraan yang sepatutnya terukir bertukar menjadi tangisan dan kesedihan apabila mendapat khabar berita duka mengenai pemergian anaknya ketika dia berada di tanah suci.

Menerusi perkongsian yang di muat naik di laman TikTok akaun @ellellell7, kelihatan dari video seorang wanita yang baru sahaja keluar dari pintu ketibaan sedang berjalan menuju ke arah ahli keluarganya bersama tangisan.

@ellellell7

Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib 🤲🏻 dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakak ku Hajjah Norzaini Binti Haji Akasah, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 we love u sis abah anak2 adik2 is there for u😭🤍 02/08/2022 @KLIA Haiqal…ibu dah balik 😭 Alfatihah 🤲🏻🤍

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

“Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakakku, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia.

“Kami sayangkan kamu kakak, abah anak-anak dan adik-adik sentiasa bersamamu di sisi, Haiqal ibu dah balik, Al-Fatihah,” tulisnya di kapsyen.

Anak meninggal dunia pada hari pertama di Mekah

Berdasarkan rujukan maklumat daripada pemilik video, anak bongsu kepada wanita itu dikatakan meninggal dunia pada hari pertama ibunya tiba di tanah suci Mekah.

Menurut pemilik video lagi, kali terakhir wanita itu bertemu arwah anak bongsunya adalah pada ketika ahli keluarga mereka menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

@ellellell7

Last moment mom n son’s before he left forever 😭 tepat 1.51 23/06/2022 pagi jenazah Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli selamat disemadikan….doa ibu dari jauh dari Mekah urusan semua dipermudahkan 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 amiinn allahumma amiinn… semua org sayang Haikal Allah janjikan bidadari syurga untuk seorang huffaz. Tenang lah Haikal 🤲🏻 kita semua akan dijemput juga ke sana🤲🏻🤲🏻😭

♬ suara asli – mohfikrih99 – mohfikrih99

Difahamkan punca anak bongsu wanita terbabit meninggal dunia adalah disebabkan kemalangan.

Tidak sempat meratapi wajah anak buat kali terakhir

Kekesalan dan kesedihan pasti terasa apabila tidak berkesempatan melihat wajah anak kesayangan buat kali terakhir sebelum dikebumikan, namun aturan yang maha kuasa pasti ada hikmahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati terhadap nasib wanita tersebut dan tak kurang juga yang mendoakan agar wanita itu diberikan kekuatan.

Kredit gambar: TikTok ellellell7

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.