fbpx
Now Reading
Aliff Syukri Umum Nak Keluar Lagu Baru, Tapi Aksi Joget Kaklong 7E dan Ratu Farah Diva Jadi Kecaman Ramai [Video]
aksi joget kak long 7E dan ratu farah diva dalam video aliff syukri dikecam ramai

Aliff Syukri Umum Nak Keluar Lagu Baru, Tapi Aksi Joget Kaklong 7E dan Ratu Farah Diva Jadi Kecaman Ramai [Video]

Tindakan Aliff Syukri memuat naik video menunjukkan aksi joget sakan dua wanita dipercayai Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva bukan hanya dikecam malah disifatkan agak keterlaluan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, nama usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kecoh di media sosial kerana telah memuat naik sebuah video yang mempromosikan tudung terbaharunya dengan cara yang tidak senonoh.

Malah perkongsian video tersebut turut memberi reaksi yang kurang selesa di kalangan para pengguna media sosial sehingga mereka menyifatkan video berkenaan tidak sesuai untuk tontonan umum, khususnya untuk kanak-kanak.

Terbaharu, usahawan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi serta mengudang kecaman orang ramai apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi dua wanita sedang berjoget sakan.

Bakal keluar lagu baru

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Aliff Syukri mengumumkan yang dia bakal mengeluarkan lagu terbaharu yang bertajuk ‘BabySayang’ dalam masa 10 hari.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk meneka siapakah lima artis ‘viral’ yang bakal berduet dengannya.

Malah, dalam video tersebut kelihatan seperti Aliff Syukri bersama beberapa individu lagi sedang mengadakan penggambaran di satu majlis kenduri.

Kak Long 7E & Ratu Farah Diva joget sakan di majlis kenduri

Namun apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai adalah aksi dua orang wanita di dalam video itu yang dipercayai adalah Kak Long 7E serta Ratu Farah Diva yang dilihat sedang berjoget sakan di hadapan khemah.

Perkara tersebut turut disaksikan oleh para tetamu yang kelihatan berada di bawah khemah tersebut.

Menurut netizen, aksi joget dalam video yang dimuat naik oleh Aliff itu adalah keterlaluan, selain tidak menjaga adab serta akhlak seorang wanita.

Malah ada yang beraggapan perbuatan itu telah merosakkan majlis tersebut.

“Bukan nak bentuk jadi elok, gunakan orang untuk marketing sendiri”

“Rosak majlis, rosak akhlak wanita”

“Datuk ni memang takde kelas”

“Kenapalah menari macam tu”

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.