fbpx
Now Reading
“Tanda Dia Cukup Matang” – Wanita Hadir Pertunangan Bekas Suami Siap Tolong Sarungkan Cincin [Video]

“Tanda Dia Cukup Matang” – Wanita Hadir Pertunangan Bekas Suami Siap Tolong Sarungkan Cincin [Video]

Menurut pemilik video, wanita itu hanya membantu sarungkan cincin kerana pihak keluarga lelaki terbabit tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas sebab masalah yang tak dapat dielakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan kebahagiaan yang kekal berpanjangan. Namun, tak semua yang dapat bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

Sudah menjadi lumrah, bila berlaku penceraian akan ada sesetengah pihak mengambil keputusan untuk terus putuskan hubungan silaturahim atau saling membenci antara satu sama lain hingga terkadang melibatkan ahli keluarga kedua belah pihak.

Luah rasa syukur bekas suami temui kebahagiaan baharu

Namun, lain hal yang terjadi dengan satu video yang tular dimana seorang wanita meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya sudah menemui teman hidup yang mampu membahagiakannya.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ekatyka, kelihatan wanita itu menghadiri majlis pertunangan bekas suaminya

@ekatyka

ex isteri hantar ex suami pergi bertunang.. bekas isteri tolong sarung cincin #semoga yang baik2 untuk semua alhamdulillah semua dah selamat dan selesai #stickermaster2022 #fypシ

♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

“Ex isteri (bekas isteri) hantar ex suami (bekas suami) pergi bertunang. bekas isteri tolong sarungkan cincin.

“Semoga yang baik-baik untuk semua, Alhamdulikah semua dah selamat dan selesai,” tulisnya di kapsyen.

Bekas isteri tersenyum bantu sarungkan cincin

Terlihat daripada rakaman, wanita tersebut tersenyum ketika menyarungkan cincin di jari tunang bekas suaminya.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai pertanyaan daripada pengguna media sosial mengenai keberadaan ahli keluarga pihak lelaki berkenaan sehingga bekas isteri yang terpaksa menyarungkan cincin.

Menerusi satu lagi hantaran video, pemilik akaun berkenaan mendakwa ahli keluarga bekas isteri lelaki berkenaan telah dijemput sebagai tetamu di dalam majlis tersebut.

@ekatyka

Membalas kepada @fatirannafi

♬ bunyi asal – eKa_tyKa – eKa_tyKa

Ahli keluarga lelaki tidak dapat hadir ke majlis tersebut

Namun tanpa diduga, ahli keluarga terdekat bekas suami tidak dapat menghadiri majlis pertunangan tersebut kerana mempunyai masalah yang tak dapat dielakan.

Selepas berbincang, akhirnya kesemua pihak bersetuju untuk membenarkan bekas isteri lelaki tersebut membantu dalam proses menyarungkan cincin ke jari tunang bekas suaminya itu.

Melihat di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memuji ketabahan dan keikhlasan wanita itu yang menerima hakikat bahawa jodohnya bersama bekas suami tidak berpanjangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.