Wanita Terkejut Temui Ular Dalam Beg Bungkusan ‘Popcorn’

Seorang wanita di Kenbridge, Virginia di Amerika Syarikat terkejut apabila menjumpai seekor ular di dalam bungkusan plastik ‘Popcorn’ yang berlubang di sebuah kedai tempatan, pada 29 Julai yang lalu.

Wanita itu turut menyifatkan insiden yang berlaku itu telah menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya.

Berkunjung ke kedai berkenaan untuk membeli barangan runcit

Memetik laporan WTVR, Kimberly Slaughter memaklumkan, dia telah berkujung ke Shoppers Value, Kenbridge untuk membeli beberapa barangan runcit sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada bungkusan makanan tersebut.

“Saya seperti tidak mahu mengambil beg bungkusan tersebut, jadi saya letak di bahagian rak bawah kerana sudah ada tahi tikus menutupi rak bahagian bawah,” jelasnya.

Menurut Slaughter, memandangkan bahagian bawah rak tersebut terdapat perangkap tikus yang melekit, dia lalu membuat keputusan mengambil satu lagi pek bungkusan yang lain namun ianya mempunyai lubang kecil di sudut kanan atasnya.

Foto: FB Kimberly Slaughter

Ular muncul dari lubang beg bukusan ‘Popcorn’

“Sebaik sahaja saya pergi untuk meletakkan beg di dalam bakul dan mahu membawanya ke kaunter hadapan.

Ular tersebut telah muncul dan saya ketika itu seperti oh baik, hai!,” katanya.

Jelasnya, dia kemudian dengan segera menolak beg bungkusan ‘Popcorn’ tersebut ke hadapan kedai untuk memberitahu kepada pekerja berkenaan isu tersebut.

Ular keluar sebelum masuk semula kedalam beg bungkusan

Slaughter berkata, sewaktu dia berada di hadapan kedai, ular berkenaan telah keluar dari beg bungkusan tersebut dan menuruni dari tepi troli beli-belah sebelum masuk semula ke dalam beg bungkusan ‘Popcorn’ itu.

Seorang pekerja kemudiannya mengeluarkan ular itu dari kedai. Berdasarkan rupa ular tersebut, dia menjangkakan yng ianya adalah ular tikus.

Meskipun pekerja di kedai tersebut mendakwa ini merupakan insiden pertama, Slaughter bagaimanapun menegaskan ia adalah sebalikya.

Malah dia percaya terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan demi melindungi kesihatan serta keselamatan pengguna.

Tidak mahu kedai tersebut ditutup kerana ia adalah satu-satunya kedai yang ada di bandar tersebut

Slaughter turut bercadang untuk membuat laporan tentang insiden tersebut kepada Jabatan Kesihatan Virginia. Namun tidak mahu kedai itu ditutup buat selamanya kerana ia adalah satu-satunya kedai buat warga tempatan di bandar tersebut untuk membeli barangan.

“Itu satu-satunya kedai yang kami ada. Anda tahu peroses pembersihan tidak akan mengambil masa yang lama jika anda melakukannya dengan betul.

Dapatkan orang yang mencukupi, atau beri kepada syarikat pembersihan dan kedai boleh beroperasi semula,” kata wanita itu.

CBS 6 dapatkan keterangan dari pengurus kedai berkenaan insiden ular yang dijumpai itu

Sementara itu, CBS 6 turut menghubungi pengurus kedai, Brian Stanley untuk bertanya mengenai hal tersebut.

“Kami tidak tahu daripada mana ular itu datang. Perkara tersebut masih lagi dalam siasatan dan kami cuba untuk mengetahui dari mana ia datang.

“Namun, setakat ini kami tidak mempunyai petunjuk lain,” jelas Stanley ketika dihubungi oleh Caroline Coleburn, wartawan CBS 6.

Tak tahu berkenaan najis serta perangkap tikus yang dijumpai oleh wanita berkenaan di dalam kedai

Ketika ditanya berkenaan najis tikus serta perangkap tikus yang dijumpai oleh Slaughter di bahagian rak bawah, Stanley memaklumkan dia tidak mengetahui apa-apa tentang perangkap tikus tersebut kerana tiada di kedai pada 28 Julai lalu.

Menurutnya perangkap tikus tersebut hanya digunakan apabila perlu dan penggunaannya adalah lebih kepada pencegahan.

CBS 6 dalam masa sama, turut bertanya kepada Stanley adakah Shoppers Value mengikut protokal yang telah ditetap oleh Jabatan Kesihatan Virginia (VDH).

Akui perlu ikut protokol yang ditetapkan

“Kami perlu mengikuti setiap protokol VDH,” jelas Stanley lagi.

Menurut Jabatan Kesihatan Virginia Daerah Piedmont ketika ditanya oleh CBS 6 adakah pihaknya maklum tentang apa yang berlaku di kedai tersebut.

Jelasnya ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna (VDACS) Virginia dan masih menunggu maklumat lanjut mengenai kedai tersebut dari pihak terbabit.

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago