fbpx
Now Reading
Bapa Kesal, Sikap Penting Diri Redah 500KM Naik Motosikal Hanya Untuk Tonton Bola Sebabkan Anak 6 Bulan Maut
Lelaki menyesal, bayi meninggal dunia kerana paru-paru berair

Bapa Kesal, Sikap Penting Diri Redah 500KM Naik Motosikal Hanya Untuk Tonton Bola Sebabkan Anak 6 Bulan Maut

Dia yang menyesal dengan tindakan membawa bayi yang berusia enam bulan itu menaiki motosikal untuk menonton bola sepak telah menyebabkan bayi tersebut menghidap masalah paru-paru berair.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bayi berusia enam bulan maut akibat sikap pentingkan diri bapanya yang membawa bayi tersebut menaiki motosikal kerana mahu menonton perlawanan bola sepak yang berlangsung di Surabaya, Indonesia.

Menurut Utusan Malaysia yang memetik laporan Detik.com,lelaki yang dikenali sebagai FJ (bukan nama sebenar), 38, menyesal dengan tindakannya apabila doktor memaklumkan bayi perempuan itu menghidap paru-paru berair.

Sewaktu insiden, lelaki berkenaan telah membawa bayi itu ke Hospital Marine di Gunung Sari sebelum kes tersebut dirujuk ke pusat perubatan lain iaitu di Hospital RSAL, Surabaya.

Bayi tak bernafas sebelum diberi alat bantuan pernafasan

Doktor pada ketika itu mengesahkan bahawa bayi berkenaan tidak lagi bernafas sebelum alat bantuan pernafasan diberikan kepadanya.

“Bayi tersebut bernafas semula dan bapanya sedikit lega mendengar perkembangan itu.

“Doktor ketika itu memberitahu terdapat cecair di dalam paru-paru mangsa dan perlu dibuang segera.

“Selepas cecair tersebut berjaya dikeluarkan, tiba-tiba jantung bayi itu tidak lagi berdegup,” jelasnya.

Bayi usia 6 bulan meninggal kerana jantung gagal berfungsi

FJ berkata, dia telah menerima panggilan untuk memberitahu bahawa bayi parempuannya telah meninggal dunia kerana kegagalan jantung untuk berfungsi.

“Saya berasa sangat menyesal kerana disebabkan sikap pentingkan diri sendiri semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak, akhirnya meragut nyawa anak saya,” kata FJ.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah menunggang motosikalnya untuk menonton perlawanan tersebut dari Tegal, Jawa Tengah hingga ke Surabaya demi menjimatkan kos kerana ia lebih murah berbanding menaiki kereta.

Menerusi carian kami di Google Maps, jarak di antara dua wilayah berkenaan adalah sekitar 500 kilometer.

Harap orang ramai ambil pengajaran dengan apa yang berlaku


Menerusi laporan Detik.com, FJ turut berkongsi perkara tersebut di dalam media sosialnya, serta berharap agar orang ramai mengambil pengajaran dari apa yang berlaku serta menasihatkan peminat fanatik bola untuk mengutamakan perkara yang lebih penting terlebih dahulu sebelum bola.

“Kepada rakan-rakan, jangan pernah pentingkan klub bola kesayang dari segalanya. Utamakan keluarga, pekerjaan, khususnya jangan pernah membawa anak untuk menonton pertanding.

“Tonton melalui televisyen lebih baik dan selamat,” jelas FJ lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.