fbpx
Now Reading
“Keluar Lepak Bawa iPhone Je Lepas Ni” – Sah! Apple Pay Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia [Video]

“Keluar Lepak Bawa iPhone Je Lepas Ni” – Sah! Apple Pay Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia [Video]

Melalui sistem pembayaran baharu ini, pengguna boleh pautkan kad kredit atau kad debit ke akaun Apple Wallet yang sudah tersedia di dalam peranti Apple.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah sekian lama menanti, penantian pengguna Apple untuk mengunakan sistem pembayaran Apple Pay akhirnya berakhir apabila syarikat gergasi IT itu kini mengaktifkan fungsi e-dompet itu di Malaysia.

Apple Pay membolehkan para pengguna di negara ini untuk menggunakan ciri pembayaran pintar melalui iPhone, Apple Watch serta peranti Apple yang lain.

Hanya perlu sentuh peranti Apple pada terminal pembayaran

Melalui sistem pembayaran baharu ini, pengguna boleh pautkan kad kredit atau kad debit ke akaun Apple Wallet yang tersedia di dalam peranti Apple, setelah proses tersebut selesai, kini pengguna hanya perlu menyentuh iPhone atau peranti Apple lain seperti Apple Watch pada terminal pembayaran.

Dari segi sokongan peranti pula, Apple Pay menyokong iPhone yang memiliki ciri teknologi Face ID dan Touch ID kecuali iPhone 5s.

Selain itu, ia juga mampu disokong oleh Apple Watch Siri 1 hingga yang terkini. Pengguna juga boleh menggunakannya bersama iPad Pro, iPad Air, serta iPad yang menyokong sistem teknologi Touch ID atau Face ID.

Cara aktifkan Apple Pay pada peranti

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok akaun @eizuwan, dia menunjukkan cara untuk pautkan kad kredit or debit ke dalam peranti Apple dan mengaktifkannya.

@eizuwan

Cara set Apple Pay dekat iPhone ! Mudah betul x payah keluarkan kad dh bila beli barang!✨✨ #tutorial #techtok #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #applepay

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

“Cara set Apple Pay dekat iPhone! Mudah betul tak perlu keluarkan kad dah bila beli barang,” tulisnya di kapsyen.

Maybank dan Ambank sokong pembayaran Apple Pay

Setakat ini hanya Ambank dan Maybank yang diketahui menyokong penggunaan Apple Pay. Kedua-duanya sudah pun menerbitkan halaman khusus untuk sokongan Apple Pay di laman mereka.

Maybank menyatakan perkhidmatan sokongan Apple Pay dapat dinikmati oleh pelanggan Maybank Visa, Maybank Mastercard dan juga Maybank American Expresss yang menggunakan kad kredit, kad debit mahupun kad prabayar.

Bagaimanapun, Maybank mengatakan kad korporat tidak disokong dibawah sistem pembayaran Apple Pay.

Untuk info, buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat atau pengumuman daripada bank yang lain sama ada akan turut membenarkan para pelanggannya menggunakan sistem pembayaran Apple Pay atau sebaliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.