fbpx
Now Reading
Sibuk Berjoget Di Tepi Tingkap, Wanita Nyaris Berdepan Maut Kerana Terjatuh Atas Jalan [Video]
Wanita hampir maut terjatuh ke jalan selepas berjoget di tepi tingkap

Sibuk Berjoget Di Tepi Tingkap, Wanita Nyaris Berdepan Maut Kerana Terjatuh Atas Jalan [Video]

Disebakan insiden yang terjadi kepada wanita tersebut, pemandu pacuan empat roda itu kemudia telah tampil memohon maaf kerana tidak mengikut peraturan lalu lintas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Dagestan, Rusia, berdepan dengan detik cemas apabila dirinya hampir mati gara-gara terjatuh dari tingkap sebuah kereta pacuan empat roda sewaktu leka berjoget di dalam kereta tersebut.

Memetik laporan The Sunperkara itu dapat dilihat menerusi satu rakaman yang tular menunjukkan wanita yang tidak diketahui namanya itu telah bergantung di tepi tingkap sebuah kenderan jenis Mitsubishi Pajero.

Menari di tepi tingkat sebelum terjatuh berguling di bahagian jalan

Wanita itu kemudian telah menggerakkan badannya seperti menari sebelum terjatuh dan kelihatan kepalanya terhentak di bahagian jalan terlebih dahulu.

Dia bagaimanapun, dilaporkan tidak mengalami kecederaan kerana sempat berguling ke posisi duduk sebelum bangun dan berlari ke arah Pajero itu semula.

Kelihatan beberapa pemandu lain cuba beri bantuan kepada wanita terbabit

Menerusi video itu juga, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain turut berhenti di bahu jalan untuk memberikan pertolongan kepada wanita tersebut.

Insiden yang berlaku di Makhachkala, di sebuah republik Islam di selatan Rusia telah membuatkan orang ramai marah dengan perkara tersebut.

“Tarian berbahaya tidak membawa kepada perkara yang baik, terutamanya di jalan raya dan anda adalah seorang wanita yang membuat aksi berjoget sambil keluar dari tingkap,” lapor laman berita Dagestan.

“Penduduk tempatan hendaklah bersikap lebih “kesederhanaan dan kesopanan,” kata individu tersebut dalam komen.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda tampil mohon maaf insiden wanita terjatuh

Pemandu Pajero, Sharap Kurbanov, 24, yang juga seorang ahli perniagaan kemudiannya tampil memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya melanggar peraturan lalu lintas.

“Saya ingin membuat kenyataan kepada rakyat Dagestan serta seluruh Rusia. Saya telah menumpangkan wanita itu dan ketika sedang memandu saya telah memasang muzik yang terlalu kuat.

“Saya terlepas pandang semasa wanita itu mula menari lalu dia terjatuh.

“Di masa hadapan, saya janji untuk menggunakan tali pinggang kaledar serta mematuhi peraturan lalu lintas dan mencadangkan orang lain melakukan perkara yang sama.” jelas pemandu itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.