fbpx
Now Reading
“Mungkin Keluar Kenyataan Tak Benar & Biadap”- Meta Minta Pengguna Tidak Kecil Hati Jika Dihina Chatbot Facebook
Chatbot baru Facebook boleh menghina

“Mungkin Keluar Kenyataan Tak Benar & Biadap”- Meta Minta Pengguna Tidak Kecil Hati Jika Dihina Chatbot Facebook

Chatbot baharu yang diperkenalkan itu turut diakui mempunyai masalah tingkah laku dimana ia boleh menghina atau tidak bercakap benar kepada pengguna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Facebook merupakan salah satu jaringan sosial yang sering digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Bukan sahaja digunakan untuk tujuan peribadi seperti mencari atau berhubung dengan kenalan, malah penggunaan applikasi ini turut meluas di mana ia turut digunakan untuk tujuan perniagaan serta banyak lagi.

Chatbot baharu Facebook diperkenalkan, syarikat beri amaran kerana ia mungkin tidak bercakap benar

Terbaharu syarikat induk aplikasi tersebut iaitu Meta Platform Incorporated, telah memperkenalkan chatbot BlenderBot3 kepada penggunanya. Ia dilaporkan boleh bercakap tentang banyak topik serta belajar daripada perbualan.

Namun, syarikat itu dalam masa sama turut memberi peringatan bahawa chatbot tersebut mungkin tidak selalu berkata benar.

Boleh menghina pengguna

Menerusi laporan Daily Star, Artificial Intelligence (AI) Chatbot baharu Facebook itu boleh menulis penghinaan serta berbohong kepada pengguna laman sosial berkenaan.

Chatbot BlenderBot3 itu telah diperkenalkan untuk dicuba oleh para pengguna di Amerika Syarikat.

Boleh membuat carian di internet serta berbual

Syarikat tersebut mendakwa bahawa AI chatbot tersebut boleh membuat carian di internet serta berbual hampir semua perkara.

Bukan itu sahaja, ia turut diberi keupayaan untuk membaiki diri dan belajar cara berkomunikasi dengan lebih baik menerusi perbualan dengan manusia.

Chatbot mempunyai masalah tingkah laku

Walau bagaimanapun, sementara chatbot tersebut direka bagi membantu Meta dalam membuat AI yang lebih baik, teknologi gergasi itu juga diakui mempunyai masalah tingkah laku.

“Pengguna perlu sedar bahawa walaupun kami cuba untuk mengurangkan isu sebegitu, chatbot tersebut mungkin kurang sesuai, biadap atau membuat satu kenyataan yang tidak benar atau bercanggah.

“Komen bot itu tidak mewakili pandangan Meta sebagai sebuah syarikat dan tidak boleh bergantung kepada sumber maklumat, termasuklah dari segi nasihat perubatan, undang-undang mahupun kewangan,” jelasnya dalam soalan yang sering ditanya (FAQ).

Meta berusaha untuk meminimumkan penggunaan kata yang tidak sesuai

Tambahya, syarikat itu turut berusaha untuk meminimumkan beberapa banyak chatbot yang menggunakan kata-kata yang tidak sesuai seperti menghina atau menggunakan frasa kata yang tidak sensitif kepada budaya.

Selain itu, pengguna juga mempunyai hak untuk membuat laporan ‘tidak suka’ pada bahagian komen.

Sebahagian daripada sebab seperti itu telah banyak chatbot yang berakhir dengan masalah kerana kecenderungan AI yang dipengaruh oleh kandungan internet.

Apabila chatbot dilatih untuk mengeluarkan data yang tersedia secara umum dari Internet, tingkah lakunya secara tidak langsung mencerminkan kandungan internet.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.