Penganjur Kedah Fashion Week 2022 Mohon Maaf, Dedah ‘Wanita’ Pakai Seksi Bukan Model Hanya Tetamu

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai penganjuran satu acara fesyen, Kedah Fashion Week 2022 yang berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.

Acara tersebut yang turut dihadiri beberapa selebriti terkenal mencuri perhatian ramai selepas penularan beberapa foto memperlihatkan seorang wanita yang dipercayai model bagi acara tersebut tampil berpakaian menjolok mata.

Menerusi foto tular, wanita yang memakai sut potongan formal berwarna hijau dilihat ‘berani dan daring’ apabila tampil dengan tidak memakai bra hingga menampakkan sedikit bahagian dada dan perutnya.

Tindakan wanita berkenaan menyebabkan penganjuran festival itu dikritik hebat apatah lagi kerajaan negeri ditabdir oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang cukup tegas dalam hal membabitkan undang-undang agama Islam.

Penganjur tiada permit

Namun tidak lama kemudiannya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman memaklumkan semakan mereka mendapati penganjur KFW 2022 tidak memohon sebarang permit malah acara itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu kerajaan negeri akan mengambil tindakan termasuk memanggil penganjur bagi mendapatkan penjelasan mereka.

Penganjur mohon maaf, wanita tular bukan model

Terbaharu hari ini, 10 Ogos, Aman Central selaku penganjur tampil memohon maaf ekoran dari kontroversi yang timbul.

Pusat beli-belah itu menerusi satu kenyataan memaklumkan wanita berkenaan adalah seorang tetamu dan bukanlah model yang memperagakan fesyen pakaian seperti apa yang tular di media sosial.

Mengakui kesal dengan apa yang berlaku, pihak Aman Central turut berjanji akan memastikan sebarang aktiviti yang berlangsung di masa hadapan ajan dipantau dengan lebih ketat.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto daripada salah seorang tetamu yang hadir ke KFW22 yang mana gambar itu tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.

“Kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di pusat beli-belah Aman Central di sini akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” katanya.

‘Wanita’ itu adalah maknyah yang berlakon sebagai model – Mohd Hayati Hayati

Dalam pada itu, Dr Mohd Hayati menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya turut mendedahkan pertemuannya bersama Aman Central mendapati identiti berkenaan adalah seorang ‘maknyah’ yang berlakon seperti seorang model dan memuat naik fotonya di dalam media sosial.

“Hasil pertemuan tersebut, difahamkan individu berkenaan bukanlah peserta yang dijemput untuk memperagakan pakaian di dalam acara KFW.

“Identiti individu berkenaan juga difahamkan adalah seorang ‘maknyah’ yang berlakon seperti seorang model, menggayakan pakaian yang tidak sesuai, mengambil gambar serta video dan memuat naik di dalam media sosial,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago