fbpx
Now Reading
Sudah Jangkiti 35 Orang, Ketahui Fakta Mengenai ‘Langya’, Virus Baharu Di China

Sudah Jangkiti 35 Orang, Ketahui Fakta Mengenai ‘Langya’, Virus Baharu Di China

Langya merupakan sejenis virus baharu daripada kategori virus zoonotic iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas virus Covid-19 menghantui dunia hingga menyebabkan kebanyakan negara menutup sempadan dan melaksanakan perintah berkurung, kini China kembali menjadi perhatian selepas memberi amaran mengenai kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai Langya.

Menurut laporan Sinar Plus, kemunculan virus Langya ini mencetuskan kebimbangan setelah virus tersebut menjangkiti 35 orang di wilayah Henan dan Shandong di Timur China.

Memandangkan virus ini masih baharu, pasti ramai yang kurang mengetahui tentang virus ini.

Oleh itu ikuti perkongsian fakta-fakta mengenai Virus Langya ini.

Fakta-fakta mengenai virus Langya

Langya merupakan sejenis virus baharu daripada kategori virus zoonotic iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus baharu itu sebelum ini tidak pernah merebak kepada manusia namun kini sudah mula dijangkiti di China.

Selain itu, virus tersebut secara rasmi digelar Langya Henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus.

Langya turut terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang tidak mempunyai vaksin mahupun penawar.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Henipavirus diklasifikasikan sebagai biokeselamatan Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus.

Setakat ini, seramai 35 individu tidak menunjukkan simptom serius atau meyebabkan kematian. Bagaimanapun menurut Taipei Times, virus itu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati.

Pembawa virus mungkin Cencurut (Asian House Shrew)

Foto: Ecology Asia

Sementara itu, para saintis yang mengkaji 25 jenis haiwan telah mendapati bahawa pembawa virus Langya yang paling jelas setakat ini adalah adalah daripada Cencurut (Asian House Shrew)

Tanda gejala dijangkiti virus Langya

Berikut adalah 7 gejala yang akan dialami sekiranya dijangkiti virus Langya:

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Hilang selera makan
  4. Sakit otot
  5. Loya
  6. Sakit kepala
  7. Muntah

Sementara itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut antaranya ialah dengan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Langkah asas cegah jangkitan virus Langya

Berikut merupakan 5 langkah asas untuk mencegah jangkitan yang disarankan oleh Harvard Medical School:

  1. Basuh tangan selepas menggunakan bilik mandi, sebelum menyediakan makanan atau makan,  selepas berkebun atau ke tandas, memberi makan atau membelai haiwan atau melawat / menjaga orang yang sakit.
  2. Menutup mulut dan hidung ketika batau atau bersin dengan tisu kemudian buang ke dalam tong sampah.
  3. Jika terdapat luka akibat di gigit haiwan, segera ke hospital untuk dirawat dan elakkan daripada menyentuh kawasan luka tersebut.
  4. Jangan berkongsi pinggang mangkuk, gelas atau sebarang peralatan makanan dengan orang yang tidak dikenali mahupun rakan.
  5. Elak sentuhan langsung atau berkongsi tuala, sapu tangan atau barangan seumpama dengan orang lain.

Sebagai info, virus Nipah pertama kali ditemui pada 1999 di Malaysia dan Singapura menyebabkan jangkitan kepada lebih 300 kes dan mengakibatkan 100 kematian berlaku.

Biarpun sudah dua dekad berlalu, WHO tetap memberi amaran bahawa virus Langya masih berpotensi menyebabkan wabak seperti Covid-19.

Kredit gambar: ecologyasia.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.