fbpx
Now Reading
“You Berjaya Apa?” – Sifu Bisnes Didakwa Koyak Selepas Netizen Persoal Apa Bisnes Yang Diusahakannya [Video]

“You Berjaya Apa?” – Sifu Bisnes Didakwa Koyak Selepas Netizen Persoal Apa Bisnes Yang Diusahakannya [Video]

Berdasarkan video tersebut, soalan yang diajukan oleh lelaki terbabit dilihat tidak berbaur isu sensitif mahupun melibatkan hal peribadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (10 Ogos), tular satu video yang memaparkan seorang sifu perniagaan terkenal yang didakwa melenting ketika sedang tampil ‘live’ di laman TikTok rasminya.

Hal ini terjadi apabila seorang lelaki yang juga usahawan mengajukan soalan kepada sifu bisnes terbabit di ruangan komen.

Sifu Bisnes yang lebih dikenali sebagai Najib Assadok itu secara tiba-tiba melenting selepas terbaca soalan yang dikemukan oleh lelaki terbabit.

Namun difahamkan soalan tersebut telah ditanya beberapa kali memandangkan pertanyaannya tidak dijawab atau mungkin tidak disedari kerana terlalu banyak komen lain yang masuk.

Hanya bertanya mengenai bisnes yang dilakukan

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @farqhan.com, dia hanya bertanya mengenai bisnes apa yang dilakukan oleh Najib Assadok yang sudah terbukti berjaya.

“Encik Najib, selain kursus ajar business (perniagaan). Business apa yang Encik Najib dah buat, terbukti berjaya?”

Soalan netizen kepada Najib Assadok

Tanpa diduga, sifu bisnes terbabit memberi respon dalam nada seakan-akan marah dengan soalan yang diajukan itu.

“You berjaya apa?” – Najib Assadok

“Kadang-kadang saya malas lah nak jawab soalan-soalan yang bod*h lah saya nak jawab, You (awak) berjaya apa?” balas sifu terbabit.

Berdasarkan video, jelas dan nyata soalan yang diajukan oleh lelaki terbabit bukanlah berbaur isu sensitif mahupun melibatkan hal peribadi.

Malah soalan itu lebih bersifat terbuka selain sering diajukan kepada kebanyakan usahawan atau sifu bisnes yang terkenal.

Motif soalan hanya untuk dijadikan contoh buat usahawan lain

Menurut lelaki itu lagi, motif dia bertanya mengenai hal tersebut adalah kerana ingin mengambil sedikit contoh berguna daripada sifu terbabit dan bukannya atas niat untuk memprovokasi.

“Kalau Encik Najib ada real (nyata) bisnes yang sudah berjaya contoh macam dalam bidang F&B (Food and Beverage) orang lain dalam bidang yang sama bolehlah ikut cara encik.

“Saya hanya nak tahu apa bisnes Encik Najib yang dah berjaya supaya boleh jadi example (contoh) pada orang lain,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, kelihatan rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan respon yang diberikan oleh Najib Assadok terhadap soalan lelaki terbabit.

Cubaan kami untuk menghubungi Najib Assadok berhubung isu tular ini bagaimanapun tidak berjaya. Kami akan mengemaskini artikel ini sekiraya berjaya mendapatkan respon darinya.

Kredit gambar: TikTok farqhan.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.