fbpx
Now Reading
Arab Saudi Benarkan Pemegang Visa Pelancongan Tunai Umrah

Arab Saudi Benarkan Pemegang Visa Pelancongan Tunai Umrah

Kemudahan itu setakat ini disediakan untuk 49 negara terpilih iaitu negara-negara yang layak menggunakan eVisa iaitu permohonan visa elektronik secara online untuk ke sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Arab Saudi semalam (11 Ogos) mengumumkan mana-mana invididu beragama Islam yang memegang visa pelancong dan komersial kini dibenarkan menunaikan umrah sewaktu berada di sana.

Menerusi laporan Saudi Gazette, keputusan itu dilakukan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memudahkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

Selain itu, perubahan ini juga membolehkan pemegang visa dari negara barat seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah tersebut sempena Tahun Baru Hiijrah.

Menerusi laporan sama, kemudahan itu setakat ini disediakan untuk 49 negara terpilih iaitu negara-negara yang layak menggunakan eVisa iaitu permohonan visa elektronik secara online untuk ke sana.

Permohonan tersebut menurut laporan berkenaan boleh dilakukan melalui laman Visit Saudi.

Malaysia antara negara yang layak

Semakan BuzzKini di laman itu mendapati Malaysia dan negara jiran seperti Singapura dan Brunei antara negara dari Asia yang berada di dalam senarai 49 negara tersebut.

Foto : Visit Saudi

Tambah laporan itu lagi, pemegang visa lawatan keluarga dari negara Islam yang lain juga dibolehkan untuk menunaikan umrah.

Namun mereka perlu melakukan tempahan menerusi aplikasi Eatmarna di bawah nama ahli keluarga mereka yang menetap di Arab Saudi dengan memohon melalui National Unified Visa Platform (Platform Visa Bersepadu Nasional).

Untuk menunaikan umrah, pelawat dikehendaki mendapatkan insurans kesihatan yang komprehensif, termasuk perlindungan kos rawatan jangkitan koronavirus, kemalangan yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya dan perbelanjaan tambahan sekiranya ada kelewatan atau pembatalan penerbangan atau perkara lain.

Tambah laporan itu lagi, mereka yang ingin menunaikan umrah selain dari negara-negara yang tersenarai perlu memohon visa di kedutaan Arab Saudi di negara masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.