Bina Kereta Api Dengan 101 Gerabak Guna Lego, Remaja di New Zealand Ini Pecahkan Rekod Dunia [Video]

Seorang remaja di New Zealand telah memecahkan rekod dunia apabila berjaya membina kereta api mainan dengan 101 gerabak menggunakan permainan blok Lego.

Memetik laporan United Press International, Alexander Blong yang berusia 14 tahun dari Auckland memaklumkan dia mendapat inspirasi untuk membina kereta api itu kerana bosan selepas pengumuman ‘lockdown’ ekoran dari penularan Covid-19 di negara berkenaan.

Terinspirasi buat kereta api dengan 101 gerabak daripada siri Snowpiercer

Jelasnya, idea membina kereta api itu turut diinspirasi selepas menonton sebuah siri bertajuk Snowpiercer mengenai kereta api panjang yang mengelilingi dunia.

“Saya bosan, kerana kebanyakan orang menonton Netflix.

“Terdapat rancangan ini yang saya sangat suka dipanggi Snowpiercer, iaitu berkenaan kereta api yang sangat panjang yang mengelilingi dunia,” kata Blong yang dipetik dari The Guardian.

Menurut Blong, untuk menghasilkan kereta api sepanjang 82 kaki itu dia mengambil masa lebih kurang 50 jam.

Pecah rekod dunia kerana berjaya hasilkan kereta abi dengan 101 gerabak

Malah, hasil daripada binaan Lego itu Blong telah dianugerahkan Guiness World Record kerana telah membina kereta api dengan gerabak yang paling banyak sekaligus mengalahkan rekod sebelum yang hanya mempunya 32 gerabak sahaja.

“Ini benar-benar luar biasa dan memberi inspirasi kepada saya untuk bermimpi dan mencipta projek yang lebih besar,” kata Blong kepada Guiness World Records.

Punyai minat bina Lego sejak kecil lagi

Menurut Guiness World Records, Blongs telah berminat membina Lego sejak menerima set pertamanya ketika berusia 4 tahun.

Sejak pada itu, dia gemar membina, mencipta kerana ia mempunyai bentuk dan struktur yang berbeza dan percaya itu adalah cara terbaik buatnya untuk membina objek fizikal daripada imaginasi serta menggalakkan kreativiti.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago