fbpx
Now Reading
“Itu Nasihat Kot” – Dituduh Buli Pelajar, Netizen Sepakat ‘Backup’ Tindakan Cikgu Marahi Anak Murid [Video]

“Itu Nasihat Kot” – Dituduh Buli Pelajar, Netizen Sepakat ‘Backup’ Tindakan Cikgu Marahi Anak Murid [Video]

Pemilik video terbabit meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan kepada guru tersebut yang didakwa telah membuli pelajar itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (11 Ogos), tular rakaman yang memaparkan seorang guru wanita memarahi pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan.

Dakwa guru membuli pelajar

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @meshan229, kelihatan pemilik video cuba menyalahkan guru terbabit melakukan perbuatan buli.

Oleh yang demikian, dia meminta pihak berwajib iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga ADUN Seremban Jaya iaitu YB P. Gunasekaren untuk mengambil tindakan.

“Guru SMK Serem*** J*** 2 buli pelajar India di sekolah tersebut. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah, PPD, JPN, Adun SJ YB Guna,” tulisnya di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@meshan229/video/7130635207828426010

Dimarahi guru kerana cubaan vandalisme

Namun berdasarkan ‘bukti’ video yang dikongsikan, perkara yang dilakukan guru tersebut adalah sesuatu yang tidak pelik malah tidak juga dianggap keterlaluan.

Di dalam video itu, kedengaran guru tersebut memarahi pelajar terbabit dengan nada suara tinggi kerana dipercayai terbabit dengan perbuatan vandalisme iaitu cubaan menconteng dinding dan memecahkan pasu sekolah.

“Kenapa awak ketuk pintu sampai macam nak roboh. Nak pecahkan pasu, conteng dinding. Benda elok awak nak jadi kan tak elok.

“Kenapa awak buat? Cerita saja pada kami, kita nak tahu ni apa nak tolong kamu ni sebenarnya. Apa masalah awak, kenapa tak suka tengok benda tu cantik?” leter guru berkenaan.

Pelajar itu bagaimanapun hanya tertunduk melutut dan berdiam diri tanpa memberikan jawapan.

https://www.tiktok.com/@meshan229/video/7130632887602384154

Netizen sepakat sokong perbuatan cikgu, ia hanya teguran dan didikan

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tuduhan buli yang dilemparkan pemilik akaun TikTok tersebut.

Malah ramai dilihat menyelar tuduhan yang dilemparkan pemilik akaun selain bersepakat menyokong tindakan guru tersebut dan menyifatkan perbuatannya menegur kesilapan anak muridnya adalah sesuatu yang wajar.

Netizen puji pelajar sebab hormat cikgu

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut memuji reaksi pelajar berkenaan yang dilihat melutut dan akur sewaktu dimarahi guru terbabit.

Malah dia dilihat begitu menghormati guru-gurunya apabila mengakui kesalahannya dan memohon maaf sehingga sanggup menyentuh kaki guru tersebut sebagai tanda hormat.

Kredit gambar: TikTok meshan229

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.