fbpx
Guru pening pelajar tulis +o+o

“Sampai Hati Scam Cikgu Kau Dik” – Guru Pening Tulisan ‘Alien’ Dalam Buku Jawi Pelajar Buat Netizen Terhibur [Video]

Guru tersebut, turut membandingkan dengan apa yang ditulis oleh pelajar lain yang ternyata jauh berbeza dengan apa yang dituliskan oleh pelajar berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah malah mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Namun, dalam menempuh setiap cabaran itu tidak dinafikan para guru juga seronok melayan telatah anak murid yang bermacam-macam ragam.

Ada ragam mereka yang nakal, ada juga yang kelakar sehingga membuatkan guru-guru pening untuk melayannya.

Kongsi tentang ragam pelajar yang buat ramai geli hati

Baru-baru ini, seorang pengguna di TikTok, Shahrul Afiq yang juga merupakan seorang guru yang mengajar subjek Jawi telah berkongsi tentang ragam anak muridnya yang mengundang geli hati orang ramai.

Menerusi video itu, guru ini memaklumkan dia telah memberi tugasan kepada pelajarnya tentang perkara yang sudah dipelajari oleh mereka.

@shahrulafiq01

Korang rasa mane satu tulisan jawi yang betul? Cehh comment 🤣#fypシ #fyp #lawakbudaksekolah

♬ original sound – Shahrul Afiq – Shahrul Afiq

Pelajar tulis lain daripada tulisan jawi

Namun, apa yang membuatkan dia tidak mengerti dan pening semasa menyemak buku-buku pelajarnya apabila mendapati terdapat seorang pelajar yang menulis jawi dengan tulisan pelik.

Guru tersebut turut membandingkan apa yang ditulis oleh murid lain dengan buku pelajar itu yang bertulis “+o+o+o” dan menyatakan ia kelihatan sama namun ia bukan tulisan jawi.

Ramai yang terhibur lihat gelagat pelajar

Perkara itu bagaimanapun, telah membuatkan rata-rata warganet geli hati melihatnya dan beranggapan mungkin mahu menghantar buku itu kepada guru dengan segera dia kemudian menulis begitu.

Ada juga yang mengatakan guru tersebut telah menjadi ‘mangsa scam’ oleh pelajar tersebut kerana mengingatkan apa yang ditulis itu adalah tulisan jawi tetapi sebenarnya bukan.

“Tahap scam lagi power dari scammer Macau”

“Dah siap kerja rumah?”

“Sekarang aku faham perasaan mak aku”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.