fbpx
Now Reading
Selamba ‘Melembukan’ Kerbau, Guru Bahasa Arab Terhibur Masa Tanda Kertas Soalan Murid [Video]

Selamba ‘Melembukan’ Kerbau, Guru Bahasa Arab Terhibur Masa Tanda Kertas Soalan Murid [Video]

Berdasarkan video tersebut, guru itu memberi tahu yang tidak semua penggunaan bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Arab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi warga pendidik pasti tidak mudah dan penuh cabaran apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar.

Namun, disebalik cabaran dan dugaan pasti terselit hiburan apabila melayan telatah anak murid yang terkadang mencuit hati.

Begitulah perasaan yang dilalui seorang guru ini apabila pelbagai jenis jawapan yang dijumpainya semasa menanda kertas jawapan anak muridnya menjadi tular di media sosial.

Tak semua bahasa Melayu diambil dari bahasa Arab

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @saifsaffiaai, menurut guru tersebut, tidak kesemua penggunaan bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Arab.

“Tak semua perkataan bahasa Melayu ambik dari bahasa Arab, contoh mcm ni Arnabun (Arnab) memang lah bahasa Melayu pinjam tapi yang macam ni semut bukan Asumuttun bukan,” kata guru tersebut.

Terhibur murid cuba mengaburi mata pemeriksa

Apa yang lebih mencuit hati, salah seorang pelajarnya kelihatan cuba mengaburi mata pemeriksa apabila murid tersebut melukiskan corak lembu pada gambar seekor kerbau.

“Ini patutnya jawapannya jamusun (kerbau) dia tulis baqaratun (lembu), dia cuba kaburi mata pemeriksa dia lukis corak lembu,” kata guru itu lagi sambil tertawa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dengan telatah anak murid guru tersebut malah ada yang beranggapan pelajar itu seorang yang kreatif dan berseni.

Kredit gambar: TikTok saifsaffiaai

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.