fbpx
Now Reading
6 Hari Dilaporkan Hilang, Warga Emas Akhirnya Ditemui Selamat Dalam Kebun Sawit [Video]

6 Hari Dilaporkan Hilang, Warga Emas Akhirnya Ditemui Selamat Dalam Kebun Sawit [Video]

Orang ramai yang menemuinya turut menemukan selipar Painah dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut berdekatan dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas enam hari dilaporkan hilang, warga emas, Painah Siwan, 79, atau lebih dikenali sebagai Wak Painah akhirnya berjaya ditemukan di kawasan kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Batu Pahat, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, Painah ditemui dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 11.25 pagi tadi (15 Ogos).

Turut ditemukan secekak lidi daun sawit

Difahamkan mereka menemuinya di kawasan berhampiran dengan lopak air lebih kurang 900 meter dari pos kawalan operasi bersama secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut, lapor BH.

Dihantar ke HSNI untuk rawatan

Tambah Ismail Dollah, Painah kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” kata Ismail lagi.

Berita mengenai penemuan Painan turut dikongsikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang juga ADUN Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di laman Facebook beliau.

Terdahulu anak kepada warga emas ini membuat satu laporan polis pada Rabu (10 Ogos) selepas mendapati ibunya yang mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran tidak pulang ke rumahnya.

Sehubungan itu, satu pasukan SAR membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri dari pelbagai angensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat telah ditubuhkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.