fbpx
Now Reading
Ditanya Belajar Apa Di Sekolah, Jawapan & Penjelasan Anak Ini Buat Ramai Kagum [Video]
petah bercakap buat ramai teruja

Ditanya Belajar Apa Di Sekolah, Jawapan & Penjelasan Anak Ini Buat Ramai Kagum [Video]

Kepetahan kanak-kanak itu dalam bercakap dan menerangkan apa yang dipelajari di sekolah membuatkan ramai yang teruja dan kagum dengan kebijakan KuMika.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang ibu bapa sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak-anak dalam setiap perkara termasuklah dari segi pelajaran.

Oleh itu, sebagai ibu bapa selain kita menyemak tugasan mereka kita juga hendak memastikan mereka memahami apa yang dipelajari di sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan di mana ada segelintir ibu bapa sewaktu menjemput anak-anak akan berbual tentang apa yang mereka lakukan di sekolah serta dalam masa yang sama cuba menyelitkan soalan apa yang telah pelajari di sekolah.

Bapa kongsi video anak petah bercakap

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang bapa di TikTok, yang menggunakan nama akaun anaknya KuMika KuFaizul memaparkan kepetahan kanak-kanak yang sedang mengulas apa yang sudah dipelajarinya di sekolah.

Menerusi video berkenaan, KuMika memaklumkan bahawa dalam subjek Bahasa Melayu dia telah mempelajari tentang ‘kata seru’.

Terangkan satu persatu tentang ‘kata seru’

Dia kemudian menerangkan satu persatu tentang apa yang difahaminya serta turut memberitahu bagaimanakah penggunaan kata seru tersebut digunakan di dalam ayat.

“Kata seru ni macam mengeluarkan emosi maksudnya dia macam wah, amboi, eh, oh dan hai,” kata Kumika.

Turut beri contoh penggunaan kata seru

Bapanya yang mendengar penjelasan itu kemudian meminta kanak-kanak tersebut untuk memberikan contoh agar ia mudah difahami, selepas ditanya dia lantas memberikan contoh yang diminta.

“Wah untuk kagum, macam ‘Wah! Cantiknya baju kamu’ kalau amboi untuk usik orang atau kagum macam ‘Amboi! Cantiknya kasut awak’.

“Eh dan oh pula untuk kecewa dengan terkejut macam ‘Eh! Awalnya awak datang ke sekolah hari ni’ itu terkejut, untuk kecewa ‘Eh! Awak rupanya yang ambil buku saya’,” jelas kanak-kanak itu dengan penuh semangat.

Tak berhenti terangkan sampailah sudah masuk rumah

Menerusi video yang berdurasi selama 3 minit 23 saat itu, kelihatan KuMika menerangkan berkenaan penggunaan kata seru itu bermula dari sampai ke kawasan rumahnya sehinggalah dia masuk ke dalam rumah mulutnya masih tanpa henti menerangkan tetang perkara tersebut.

Dia turut setia menjawab setiap persoalan bapanya yang kononya seperti tidak faham tentang penggunaan kata seru itu malah turut memaklumkan penggunaan kata seru itu perlu diikuti dengan tanda koma.

“Lepas tu kata seru ni wajib kena ada tanda koma mesti wajib ada lepas kata seru.

“Nak cakap lagi yang kata seru ni dia mesti guna dekat depan, maksudnya macam Wah! Besarnya rumah awak,” jelasnya lagi.

Buat orang ramai teruja lihat kanak-kanak itu boleh mengingati setiap yang diajar oleh gurunya

Kepetahannya mengulas topik itu mengundang perhatian ramai yang teruja dan tidak menyangka bahawa ingatannya sungguh kuat sehingga dia boleh menerangkan satu persatu secara jelas dan boleh difahami oleh mereka yang menonton.

Selain itu, ada juga yang menyatakan dia merupakan seorang pelajar yang bijak.

‘Wah, pandainya Mika!’

‘Tiba rasa pandai dan faham apa yang cikgu kecil ni ajar’

‘Cerdiknya, dia ingat semua yang cikgu ajar’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.