fbpx
Now Reading
Wanita Tunai Umrah Pakai Ihram Hukumnya Haram & Perlu Bayar Dam – Mufti Pahang

Wanita Tunai Umrah Pakai Ihram Hukumnya Haram & Perlu Bayar Dam – Mufti Pahang

“Sekiranya ibadah yang dilakukannya itu adalah rukun maka wajib ke atasnya untuk membayar dam.”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan satu video tular memperlihatkan seorang wanita yang berperwatakan lelaki mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram.

Perbuatannya yang begitu berani memakai ihram selain menggunakan jubah sebagaimana jemaah umrah lelaki menaikkan kemarahan orang ramai yang mahukan dia disiasat dan dikenakan tindakan kerana telah melanggar hukum Allah SWT.

Malah isu tersebut turut mendapat perhatian beberapa Mufti antaranya Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Jelas Abdul Rahman, individu berkenaan wajar didakwa kerana menghina agama. Tindakan ini menurut beliau perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih banyak kes sama berulang.

“Pertama, hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya dilaknat Allah SWT, maknanya ia berdosa. Orang ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.

“Tindakannya menunaikan umrah dengan menyerupai lelaki adalah menghina agama dan patut didakwa mengikut enakmen yang ada,” katanya kepada media.

Baca artikel berkaitan :

“Semoga Kau Kena Panah Petir” -Wanita Dakwa Rakan ‘Berperwatakan Lelaki’ Tunai Umrah Pakai Ihram [Video]

‘Ia Menghina Agama..’ – Tular Isu Wanita Tunai Umrah Pakai Ihram, Mufti Mahu Dia Bertaubat & Diambil Tindakan

Akan diambil tindakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, kemudiannya menegaskan mengambil berat isu tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Beliau turut memaklumkan sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tindakan lanjut dapat diambil sebaik individu berkenaan pulang ke Malaysia kelak.

Persoalannya, apakah hukum dan status ibadah umrah yang dilakukannya. Adakah ianya sah dan diterima?

Umrah tidak sah, perlu bayar dam

Menerusi laporan Kosmo, Abdul Rahman berkata, ibadah umrah atau haji bagi wanita yang memakai ihram itu adalah tidak sah.

Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut membuatkan dia perlu membayar denda atau dam yang ditetapkan.

“Sekiranya ibadah yang dilakukannya itu adalah rukun maka wajib ke atasnya untuk membayar dam.

“Begitu juga sebaliknya sekiranya ada lelaki yang memakai pakaian wanita di sana (Tanah Suci),” katanya.

Mahu pihak berkuasa ambil tindakan

Beliau sekali lagi turut mendesak agar pihak berkuasa di Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut sekiranya didapati benar dia adalah seorang wanita kerana perbuatan itu telah melakukan kesalahan menghina agama Islam.

“Ini jelas hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya adalah dilaknat oleh Allah SWT dan berdosa. Orang ini tidak akan mendapat rahmat daripada Allah.

“Perbuatannya menunaikan umrah dengan memakai ihram menyerupai lelaki adalah menghina agama dan individu tersebut sepatutnya didakwa mengikut enakmen (undang-undang) yang ada,” ujarnya.

Rukun umrah yang patut anda tahu

Sebagai info, terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah.

Menurut Jabatan Wakaf Umrah dan Haji (JAWHAR), pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain.

Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Jemaah juga hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram.

Selain itu, sekiranya jemaah umrah meninggalkan perkara-perkara yang wajib, melakukan perkara-perkara yang dilarang, sama ada dilakukan secara sengaja, tidak sengaja atau kerana tidak tahu mereka perlu dikenakan Dam yang merupakan satu bentuk denda.

Di dalam Mahzab Syafie, denda satu dam adalah bersamaan dengan satu ekor kambing dan daging sembelihan tersebut perlu disedekahkan atau individu tersebut harus berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, di mana setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.