fbpx
Now Reading
“Ingat Gelek Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah Isu ‘Dibayar Bergelek’

“Ingat Gelek Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah Isu ‘Dibayar Bergelek’

Ustaz Ahmad Dusuki turut memberikan pesanan kepada Ifa dan orang ramai bahawa segala bentuk usaha yang dilakukan setiap manusia dalam mendapatkan rezeki pasti akan disoal Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa video memperlihatkan aksi tarian beberapa orang selebriti di sebuah majlis akikah seorang usahawan.

Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah aksi gelek ‘maut’ yang dilakukan penyanyi, Ifa Raziah.

‘Gelekan’ beri rezeki

Sedar namanya menjadi bualan ramai, Ifa Raziah kemudiannya tampil menyelar orang ramai yang mengecamnya selain menjelaskan bahawa tarian yang dilakukannya itu bukanlah ‘syok sendiri’ sebaliknya dia dibayar untuk berbuat demikian

Dia yang tampil menerusi satu video di TikTok turut menegaskan dirinya bukanlah seorang perempuan murahan selain dia masih laku dan mempunyai tempat dan harga di dalam industri.

Ifa Raziah di dalam video itu turut memaklumkan dia menerima apa-apa sahaja tempahan undangan bagi menjayakan sebarang majlis seperti akikah, perkahwinan, bahkan marhaban dan majlis perceraian asalkan khidmatnya dibayar.

Jawapan itu bagaimanapun tidak meredakan kemarahan orang ramai. Bahkan ia memicu rasa tidak puas hati segelintir netizen yang menyifatkan dia sebagai angkuh dan terlalu mendongak langit apabila begitu berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

@ifa_raziah JOM KASI VIRAL #terpalingjuara #playlistAJL #missdiva #ifaraziah #serifabeauty #solidmolid #solidberry #soliddiva #solidbody #solidbeauty #missdivaskincare #kurus #cantik #lentik #beauty #fyp #fouryoupage #tiktokviral #tiktok ♬ original sound – MissDivaifaraziah

“Setiap mukmin akan disoal dari mana ia mendapat dan membelanjakan hartanya”

Bukan hanya netizen, isu ini kemudiannya turut menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang lantang menegur jawapan yang diberikan Ifa.

Beliau yang tampil menerusi satu hantaran di Facebook memberikan pesanan kepada Ifa dan orang ramai bahawa segala bentuk usaha yang dilakukan setiap manusia dalam mendapatkan rezeki pasti akan dibangkitkan oleh Allah SWT.

“Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang dibimbangi jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita. Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek-goleklah ia di akhirat nanti. Menjawablah di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek, mengelek punggung di khalayak ramai di dunia ini,” kata Ahmad Dusuki.

Malah pendakwah itu kelihatan tidak senang dengan kenyatan yang dikeluarkan Ifa seolah-olah dia bangga melakukan aksi berkenaan di hadapan di hadapan khalayak ramai.

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!” tulis beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.