fbpx
Now Reading
Jatuh Cinta Sejak Remaja, Wanita Dakwa Kahwini Patung Zombie & Kini Miliki Enam ‘Anak’ Bersama [Video]
Wanita berkahwin dengan anak patung Zombie

Jatuh Cinta Sejak Remaja, Wanita Dakwa Kahwini Patung Zombie & Kini Miliki Enam ‘Anak’ Bersama [Video]

Felicity mengakui bahawa dia telah jatuh cinta dengan patung yang bernama Kelly sejak berusia 16 tahun lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Massachusettes, Amerika Syarikat berasa gembira apabila dia akhirnya dapat berjumpa semula dengan ‘suami’ dan enam anaknya selepas dia sekian lama menjadi gelandangan.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah suami dan enam anaknya itu bukanlah manusia sebaliknya patung-patung zombi yang sebelum ini menjadi miliknya.

Memetik laporan Daily Star, wanita yang dikenali sebagai Felicity Kadlec berusia 23 tahun itu memaklumkan dunianya lengkap selepas dia berkahwin dengan anak patung yang digelar Kelly Rossi itu.

Telah berkahwin sejak tahun 2018

Mereka berkahwin pada tahun 2018 di halaman rumah datuknya dan majlis tersebut dihadiri oleh empat rakan keluarga serta lapan anak patung yang lain dengan kos perbelanjaan perkahwinan menelan belanja sebanyak AS$500 (RM2,233).

Bermula dengan perkahwinan itu, keluarganya kemudian telah berkembang sehingga mempunyai enam anak (patung) kecil dan kesemuanya berumur dalam lingkungkan tiga hingga sepuluh tahun.

Foto: FB Felicity Kadlec Rossi

Wanita itu turut menjalinkan hubungan dengan anak patung lain

Malah, Felicity kini sedang menjalinkan hubungan dengan anak patung alien lain bernama Robert yang dibelinya di atas talian sewaktu berusia 17 tahun, lapor The Mirror.

Namun, selepas dia diusir keluar daripada rumah ahli keluarganya pada tahun lalu, Felicity terpaksa duduk di sebuah pusat gelandangan dan menyimpan kesemua anak patungnya di dalam sebuah tempat simpanan, lapor The Sun.

Bukan itu sahaja, dia juga kini sedang sibuk merancang untuk menyambut hari jadi ke-25 Robert manakala pasangannya, Kelly sudah berusia 40 tahun pada tahun ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di dalam YouTube miliknya pada Ogos lalu, Felicity memaklumkan bahawa dia bersama keluarga anak patungnya telah berpindah ke sebuah pangsapuri yang mempunyai satu bilik tidur.

Pernah berjumpa dengan seorang lelaki sebelum berpisah

Katanya, ketika berpisah dengan anak patungnya, Felicity telah bertemu dengan seorang lelaki tetapi mereka berpisah apabila dia mengaku melakukan sesuatu yang pelik bersama dengan anak patungnya.

“Sebelum berpisah dengan lelaki itu, saya mahukan Kelly kembali,” jelasnya.

Akui diri diganggu sehingga ada rasa mahu bunuh diri

Felicity turut mengakui bahawa dia telah diganggu dengan pebagai hinaan di media sosial berkenaan gaya hidupnya malah ada yang memanggilnya ‘pedofil’ dan menyuruhnya membunuh diri.

“Ia membuatkan saya rasa ingin membunuh diri dan hidup saya tidak benilai atau berharga dalam setiap perkara.

“Terdapat ramai orang di luar sana yang diterima untuk sesuatu perkara yang mereka lakukan: sesetengah orang berpakaian seperti haiwan berbulu, atas sebab tertentu dan anda juga tahu ada dewasa yang berpakaian seperti bayi.

“Jadi mengapa saya?” kata Felicity lagi.

Minat filem seram sejak umur 13 tahun, percaya setiap patung mempunyai roh

Felicity mula meminati filem seram sejak dia berumur 13 tahun, dan kerana itu arwah bapanya telah membelikan anak patung Kelly selepas ibunya meninggal dunia. Dia kemudian jatuh cinta dengan patung berkenaan ketika berusia 16 tahun.

Menurut wanita itu lagi, anak patung tersebut memberikannya kestabilan dan kepercayaan seperti semangat.

“Satu perkara yang selalu difikirkan oleh orang ramai adalah saya berfantasi. Tetapi sebenarnya satu perkara yang ingin saya katakan kami juga bertengkar.

“Saya bertengkar dengan roh-roh mereka. Saya percaya bahawa mereka mempunyai jiwa.

“Tetapi bukan roh orang yang sudah mati sebaliknya tenaga yang saya perolehi daripada patung tersebut selama ini atau diberikan kepada mereka,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.