“Depan Sekolah Pun Nak Pecut!” – Orang Ramai Berang Lihat Motosikal Rempuh Pelajar Sekolah Melintas [Video]
Baru sahaja pelajar itu hendak melintas, sebuah motosikal telah datang dan merempuh pelajar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak pagi tadi, tular di TikTok satu rakaman dashcam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki dipercayai pelajar di Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ct Nazela, kelihatan pejalan kaki tersebut berada di tepi lampu isyarat di hadapan sekolahnya sambil menunggu lampu tersebut bertukar warna untuk melintas.
Mangsa hanya melintas selepas lampu pejalan kaki bertukar hijau
Malah dia turut dilihat menekan butang lampu isyarat untuk pejalan kaki kerana masih terdapat kereta yang lalu lalang di jalan raya tersebut.
Tidak lama kemudiannya, lampu pejalan kaki bertukar hijau dan seorang pengawal yang mengawal pergerakan lalu lintas di seberangnnya turut melambai-lambai ke arah pelajar itu menandakan jalan sudah selamat untuk dilintasi.
@ctnazela Depan Sekola rendah koris,Senggarang.
♬ bunyi asal – Ct Nazela
Motosikal langgar pelajar baru hendak melintas
Namun, siapa menyangka sebaik sahaja dia melangkah untuk melintas, muncul sebuah motosikal merempuh pelajar berkenaan serta mengheretnya.
Selain itu, turut kelihatan beberapa barangan bertebaran di atas jalan.
Meskipun belum ada maklumat rasmi tentang keadaan pelajar berkenaan, CT Nazeela di ruangan komen memaklumkan dari maklumat yang dia perolehi, kanak-kanak itu itu mengalami retak di bahagian kepala serta sedang menunggu keputusan doktor.
Semakan kami turut mendapati belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa berhubung insiden itu.
Beri pelbagai reaksi pada orang ramai yang terkejut serta marah dengan insiden tersebut
Perkongsian video itu membangkitkan kemarahan orang ramai di mana rata-rata merasakan mana-mana kenderaan tidak sepatutnya bergerak laju ketika berada di kawasan sekolah.