fbpx
Now Reading
Ramai Kena ‘Game’, Elon Musk Rupanya Hanya Bergurau Mahu Beli Manchester United

Ramai Kena ‘Game’, Elon Musk Rupanya Hanya Bergurau Mahu Beli Manchester United

Setakat penutupan bursa saham semalam, kelab bola sepak itu mempunyai modal pasaran bernilai AS$2.08 bilion.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai kenyataan manusia terkaya di dunia, Elon Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, yang dilaporkan mahu membeli kelab bola sepak ternama, Manchester United Football Club (MUFC).

Dia memaklumkan perkara tersebut secara ringkas menerusi satu ciapan di Twitter miliknya sejurus membuat pengakuan menyokong kedua-dua dua parti politik terbesar di Amerika Syarikat.

“Saya sedang membeli Mancheter United, sama-sama” tulis Musk ringkas.

Meskipun pendedahan itu dilihat ringkas, ia telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan pengulas sukan bola sepak dari seluruh dunia. Malah ia turut mendapat liputan luas di kalangan media di Eropah.

Hanya gurauan

Namun selepas beberapa jam memuat naik ciapan tersebut, Elon Musk kemudiannya mengakui ia hanyalah satu guraun.

Pendedahan tersebut dilakukannya sewaktu menjawab satu soalan yang dikemukakan seorang pengikutnya.

“Tidak, ini adalah jenaka yang sudah lama disiarkan di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan,” kata Musk.

Tambah hartawan itu lagi, dia bagaimanapun akan membeli kelab berkenaan sekiranya benar-benar mahu membuat pelaburan di dalam bidang sukan memandangkan Manchester United merupakan kelab kegemarannya semasa kecil.

Manchester United Plc ketika ini dimiliki keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS), yang kerap dikritik ekoran dari prestasti tidak menentu pasukan berkenaan di kancah Liga Perdana Inggeris sejak kebelakangan ini.

Malah kemerosotan prestasi tersebut, menyebabkan MU yang dikategorikan sebagai salah sebuah kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia gagal melayakkan diri ke UEFA Champion League (Piala Eropah) bagi tahun ini.

Setakat penutupan bursa saham semalam, kelab bola sepak itu mempunyai modal pasaran bernilai AS$2.08 bilion.

Sebagai rekod, MUFC pernah bergelar juara liga di England sebanyak 20 kali selain telah memenangi Piala Eropah sebanyak tiga kali.

Terdahulu Musk mengumumkan telah membatalkan pembelian plafrom media sosial, Twitter. Ia menyebabkan firma gergasi IT itu menyaman jutawan berkenaan dan memintanya agar mengotakan janji yang telah dimeterai sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.