fbpx
Now Reading
Sungai Furat Makin Kering! Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Surah Al-Kahfi, Elak Dari Fitnah Akhir Zaman [Video]

Sungai Furat Makin Kering! Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Surah Al-Kahfi, Elak Dari Fitnah Akhir Zaman [Video]

Sungai Furat di Syria dikhabarkan susut sebanyak 7 meter manakala sungai Furat di Iraq pula sudah mulai kering sejak 2 bulan lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Petanda akhir zaman yang ditulis dalam al-Quran adalah sesuatu yang benar, bermula daripada petanda kecil sehinggalah petanda besar.

Peristiwa akhir zaman juga banyak diceritakan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah S.A.W, ini kerana baginda mahu kita sentiasa mempersiapkan diri menghadapi hari kiamat yang menjadi rahsia Allah S.W.T

Namun apa yang mendukacitakan adalah sikap manusia yang terus alpa dibuai kenikmatan dunia yang hanya sementara ini.

Sungai Furat di Syria dan Iraq makin surut

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @Al-Imam, lelaki terbabit berkongsi mengenai keadaan sungai Furat di Syria dan juga Iraq yang semakin surut.

“Semalam (15 Ogos 2022), saya dapat berita daripada Syria mengatakan sungai Furat sudah surut sebanyak 7 meter.

“Dan ada orang dapat jumpa dengan perkampungan yang telah tenggelam 300 ke 400 tahun yang dulu,” kata lelaki itu di dalam video.

Menurutnya, sungai Furat di Iraq dikatakan sudah mula surut sejak 2 bulan yang lalu. Sungai Furat di Iran dan Syria adalah bersambung antara satu sama lain.

Sehubungan itu, lelaki terbabit berkongsi cara untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Al-Masih Al-Dajjal (Dajal) sebagaimana yang pernah dipesan oleh baginda rasulullah S.A.W.

Surah al-Kahfi elak dari fitnah Dajal

Lelaki terbabit berkata, sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama dan membaca 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka orang tersebut dapat mengelakkan dirinya daripada fitnah Dajal.

Foto: mstar

Cara menghafal surah al-Kahfi

Cara untuk menghafal adalah dengan membaca bersama keluarga selepas selesai solat pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.

Sekirannya tidak mempunyai al-Quran pada waktu itu, kita juga boleh membacanya melalui telefon sahaja. Selain itu, bacaan juga mestilah disemak oleh ahli keluarga atau guru-guru yang arif mengenai bacaan surah.

Bukti sungai Furat semakin mengering

Menerusi satu hantaran berasingan di laman TikTok akaun @rise.dila, jelas dapat dilihat melalui perkongsian video terbabit di mana keadaan sungai Furat yang semakin mengering.

@rise.dila

Sabda Nabi yang lain “Hampir saja Sungai Furat kering airnya lalu menampakkan simpanan harta berupa emas. Maka barang siapa yang hadir menemukannya, janganlah mengambil sesuatu daripada simpanan harta itu” #fypシ #akhirzaman #sungaifurat

♬ Hasbi Rabbi – Khai Bahar
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.