fbpx
Now Reading
“Tolong Ada Common Sense”- Video KTM Minta Lelaki Jangan Guna Koc Wanita Undang Pelbagai Reaksi [Video]
POV bila naik koc wanita

“Tolong Ada Common Sense”- Video KTM Minta Lelaki Jangan Guna Koc Wanita Undang Pelbagai Reaksi [Video]

KTM menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook turut meminta agar penumpang lelaki tidak menggunakan koc wanita apabila menaiki tren komuter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan kenderaan awam seperti bas, LRT, keretapi, tren komuter dan sebagainya bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat.

Malah, ada yang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan awam untuk memudahkan perjalanan mereka dari berdepan dengan kesesakan jalan.

KTM peruntukkan koc khas untuk wanita

Oleh itu, demi memberikan keselesaan dan juga keselamatan terdapat kenderaan awam yang memperuntukkan penggunaan khas buat wanita sahaja seperti yang dilakukan pada tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM).

KTM telah memperuntukkan beberapa koc khas hanya untuk kaum wanita sahaja agar ini memudahkan mereka selain menjamin keselamatan daripada gangguan yang tidak sepatutnya.

Kongsi video menujukkan perspektif pandangan seorang wanita menaiki tren komuter

Baru-baru ini, pihak KTM telah berkongsi sebuah video di Facebook yang menunjukkan perspektif pandangan (POV) seorang wanita apabila menaiki koc wanita yang disediakan.

Menerusi video tersebut kelihatan terdapat beberapa orang lelaki yang sedang duduk dan berdiri di dalam koc tersebut.

Ia jelas melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak KTM di mana koc tersebut secara terang-terangan tertulis notis “Ini koc wanita. Wanita sahaja.”

Minta penumpang lelaki guna koc lain

KTM menerusi kapsyennya turut meminta agar penumpang lelaki yang menggunakan tren komuter untuk menggunakan koc lain selain daripada koc wanita.

“Min tak minta banyak, minta minta kepada penumpang tren KTM Komuter berjantina lelaki untuk guna koc lain.

“Koc wanita hanya untuk KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja,” tulisnya.

Malah, jika anda seorang yang menggunakan KTM pasti anda akan mendengar pengumuman akan dilakukan jika mereka menyedari terdapat kaum lelaki yang berada di dalam koc wanita untuk berpindah ke koc yang biasa.

Video undang pelbagai reaksi orang ramai

Perkongsian video tersebut ternyata memberi pelbagai pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang menyatakan bahawa walaupun terdapat koc wanita disediakan tetapi masih lagi ada wanita yang menggunakan koc biasa.

“Kadang koc wanita bila balik kerja memang penuh”

Ada juga yang menyatakan bahawa ada waktu tertentu koc wanita terlalu penuh sehingga mereka terpaksa menggunakan koc biasa.

Selain itu, ada yang memberikan cadangan agar koc khas itu disediakan penguat kuasa demi mengawal keadaan.

“Tolong adakan balik polis bantuan dalam koc wanita”

“Geram kadang dah sah-sah tulis koc wanita warna pink lagi”

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa ketidak puashatian mereka apabila koc tersebut digunakan oleh para lelaki serta memberi cadangan agar koc tersebut dijarakkan agar ia tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja.

Walau bagaimanapun, setiap aduan yang dan juga respon yang diberikan oleh orang ramai telah diambil maklum oleh pihak KTM agar perkara tersebut boleh dibawa ke pihak atasan untuk penambah baikan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.