fbpx
Now Reading
Monyet Di Zoo California Secara Tak Sengaja Buat Panggilan Kecemasan
Monyet buat panggilan kecemasan

Monyet Di Zoo California Secara Tak Sengaja Buat Panggilan Kecemasan

Menurut syerif di daerah tersebut, selepas menerima panggilan tersebut pihaknya telah ke lokasi panggilan telefon untuk melihat keadaan disana sebelum mengetahui panggilan tersebut dilakukan oleh monyet berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka seekor monyet di sebuah zoo di California, Amerika Syarikat telah bertindak membuat panggilan polis selepas ia menjumpai sebuah telefon bimbit di zoo berkenaan.

Malah, tidak tahu bagaimana monyet tersebut berjaya menghubungi panggilan kecemasan dengan mendail 911.

Terima panggilan yang terputus dari satu nombor telefon

Memetik laporan New York Post, Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo memaklumkan, pihaknya menerima satu panggilan 911 yang terputus, apabila ia cuba untuk dihubungi semula nombor tersebut tidak diangkat.

Pihaknya kemudian menghantar pegawai ke lokasi telefon bimbit berkenaan untuk melihat sekiranya ada bantuan yang diperlukan.

Setibanya di pejabat Zoo to You berdekatan dengan Paso Robles, tiada sesiapa yang dikesan telah membuat panggilan kecemasan itu.

Monyet Capuchin yang buat panggilan kecemasan

Tetapi, apabila disiasat mereka kemudia mendapati monyet Capuchin di zoo berkenaan yang bernama Route merupakan pemanggil tersebut.

Route dipercayai telah mengambil telefon bimbit di dalam kereta golf zoo itu yang selalunya digunakan untuk bergerak di sekitar tapak seluas 40 ekar tersebut.

“Kami diberitahu monyet Capuchin mempunyai perasaan ingin tahu dan akan mengambil apa-apa sahaja dan kemudian menekan butang tersebut,” jelas sheriff itu.

Secara kebetulan monyet itu telah menghubungi bahagian kecemasan

Monyet tersebut tanpa sengaja telah menekan nombor berkenaan lalu menghubungi pihak perkhidmatan kecemasan.

“Route agak malu dengan apa yang berlaku, tetapi dia tidak boleh disalahkan kerana secara tidak langsung ‘monkey see, monkey do’,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.