fbpx
Now Reading
Singapura Mansuhkan Jenayah Seksual Antara Lelaki
Singapura mansuhkan undang-undang jenayah seks antara lelaki

Singapura Mansuhkan Jenayah Seksual Antara Lelaki

Pengumuman itu dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura yang percaya ia adalah satu perkara yang betul untuk dilakukan dan diterima oleh kebanyakan masyarakat negara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Singapura memaklumkan akan memansuhkan undang-undang jenayah yang melarang hubungan seksual antara lelaki dan untuk menjadikan negara itu secara sahnya sebagai kota homoseksual.

Memetik laporan BBC, keputusan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi TV nasional selepas ia didebatkan selama bertahun-tahun.

Langkah dipuji aktivis LGBT

Langkah yang dilakukan itu turut dipuji oleh aktivis LGBT di Singapura yang menyatakan ia sebagai satu kemenangan untuk kemanusiaan.

Negara Singapura itu terkenal dengan nilai konservatifnya, namun sejak beberapa tahun yang lalu semakin ramai masyarakat yang mengesa agar undang-undang Seksyen 377A era kolonial itu dimansuhkan.

Negara yang terbaharu di Asia dalam menyokong hak LGBT

Selain itu, negara tersebut juga merupakan negara terbaharu di Asia yang menyokong hak LGBT, selepas India, Taiwan serta Thailand.

Pendirian kerajaan negara itu sebelum ini bagi mengekalkan undang-undang 377A yang melarang hubungan seks antara lelaki, namun ia juga berjanji untuk tidak menguatkuasakan undang-undang dalam usaha untuk menenangkan kedua-dua pihak.

Percayai ia adalah satu perkara yang betul untuk dilaksanakan

Pada malam Ahad (21 Ogos), Lee memaklumkan undang-undang itu akan dimansuhkan kerana percaya ia merupakan perkara yang betul untuk dilaksanakan, dan sesuatu yang akan diterima oleh kebanyakan masyarakat Singapura.

Jelasnya, ‘orang gay kini lebih diterima’ dan menghapuskan undang-undang 377A akan membuatkan undang-undang negara tersebut selaras dengan ‘kebiasaan sosial semasa dan saya harap, memberikan sedikit kelegaan kepada warga gay di Singapura’.

“Kami akhirnya melakukannya, dan kami sangat gembira kerana undang-undang yang mendiskriminasi dan sudah lama ini akhirnya akan dihentikan. Ada rasa mungkin ia mengambil masa terlalu lama, tetapi ia terpaksa berlaku. Hari ini kami sangat, sangat gembira,” kata seorang aktivis gay Johnson Ong.

Gabungan kumpulan hak LGBT turut mengelarkan ia sebagai “kemenangan susah payah dan kemenangan cinta mengatasi ketakutan”, dan menyatakan ia adalah langkah pertama ke arah kesaksamaan penuh.

Suarakan kebimbangan selepas pengumuman itu dilakukan

Namun, golongan ini bagaimanapun turut menyuarakan kebimbangannya kepada satu lagi pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu dalam ucapan yang sama.

Lee menyatakan kerajaan akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih baik untuk definisi perkahwinan antara lelaki dan wanita, ini mungkin akan menyukarkan perkahwinan gay untuk disahkan.

Katanya, Singapura kekal sebagai masyarakat tradisional denga ramai yang masih berminat untuk mengekalkan norma keluarga dan sosial.

beri amaran ia akan pupuk lebih banyak diskriminasi

Susulan itu, aktivis LGBT turut menyifatkan perkara itu sebagai ‘mengecewakan’ dan memberi amaran bahawa ia hanya akan memupuk lebih banyak diskriminasi dalam masyarakat.

Sementara itu, Protect Singapore, sebuah kumpulan konservatif, memaklumkan mereka berasa sangat kecewa dengan pengumuman pemansuhan tersebut, kerana ia diteruskan tanpa jaminan perlindungan menyeluruh.

Mereka turut menggesa definisi perkahwinan heteroseksual termaktub sepenuhnya dalam perlembagaan dan undang-undang yang mengharamkan dari LGBT ini dipromosikan kepada kanak-kanak.

Sokongan LGBT di Singapura

Singapura mewarisi undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh British sejak kemerdekaan pada tahun 1965.

Meskipun undang-undang tersebut secara teknikal menjenayahkan hubungan seks antara lelaki, ia jelas satu pengharaman kepada homoseksualiti.

Memandangkan ia tidak dikuatkuasakan secara aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, LGBT telah berkembang dengan banyak dan semakin ketara di negara tersebut, termasuklah mempunyai kelab malam gay.

Aktivis LGBT sudah lama desak batal undang-undang

Namun aktivis LGBT telah lama mendesak agar undang-undang itu dibatalkan dan menyatakan ia mengekalkan stigma sosial terhadap golongan gay, dan bertentangan dengan perlembagaan Singapura yang melarang diskriminasi dan mempengaruhi aspek kehidupan lain.

Sebagai contoh, mana-mana kandungan yang mempromosikan homoseksualiti boleh diharamkan dari di siarkan di negara itu, serta rancangan televisyen dan filem yang sebelum ini akan ditapis.

Malah, ia juga bertentangan dengan imej Singapura sebagai hab kewangan global dan syarikat multinasional yang berpangkalan di negeri itu berkata ia akan menghalang usaha mereka untuk menarik bakat.

Ada yang sokong undang-undang itu dikekalkan, tetapi mendapat gesaan dari golongan tersebut

Walapun ramai di Singapura yang menyokong agar undang-undang itu dikekalkan tetapi sejak beberapa tahun lalu gesaan untuk ia dimansuhkan semakin kuat dan tinjuan menunjukkan sokong bagi hak LGBT semakin meningkat.

Dalam masa yang sama kedua-dua aktivis LGBT dan konservatif yang kebanyakannya berasal dari kumpulan agama yang telah mengetengahkan kedua-dua isu itu.

Protes dan perhimpunan politik turut dikawal ketat di Singapura, namun setiap tahun aktivis LGBT akan mengadakan perhimpunan masyarakt sivil terbesar di pulau tersebut yang dikenali sebagai Pink Dot yang akan menarik puluhan ribu peserta.

Dalam pada itu, golongan konservatif juga menganjurkan kempen di media sosial dan acara untuk memaggil kumpulan pemeliharaan nilai tradisional dan beberapa gereja telah mempromosikan program penukaran gay yang kontroversial.

Lee dalam pengumumannya pada Perhimpunan Hari Kebangsaan turut meminta kedua-dua kumpulan itu untuk menahan diri kerana ia adalah satu-satunya cara untuk bergerak maju sebagai sebuah negara secara bersama-sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.