fbpx
Now Reading
Terbaik! Aksi Pantas Rakyat Malaysia Termasuk Abang Grab Bantu Halang Kejadian Ragut Raih Pujian Ramai [Video]

Terbaik! Aksi Pantas Rakyat Malaysia Termasuk Abang Grab Bantu Halang Kejadian Ragut Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi rakam terbabit, kelihatan jelas tindakan pantas orang awam yang melihat kejadian itu menyebabkan beg tangan wanita terbabit dapat diselamatkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (22 Ogos) tular di media sosial satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan pantas rakyat Malaysia yang berdepan satu kejadian ragut di sebuah jalan.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @encikhafidz06, kelihatan menerusi rakaman CCTV wanita itu berjalan sendirian pada waktu kejadian.

Secara tiba-tiba, dua orang lelaki yang sedang menunggang motosikal menghampiri wanita terbabit dan terus bertindak meragut beg tangan miliknya.

Pada waktu itu, berlaku bergelutan di antara salah seorang peragut dan juga wanita itu kerana mangsa enggan melepaskan beg tangan kepunyaannya.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan sebuah kereta yang melalui jalan itu berhenti selepas melihat kejadian ragut itu.

Orang awam bertindak membantu wanita terbabit dan berjaya tangkap peragut

Tanpa diduga, sebuah motosikal yang ditungangi oleh seorang penghantar makanan Grab datang dari arah belakang dan merempuh motosikal milik peragut terbabit.

Orang awam yang melihat kejadian itu terus menerpa ke arah mereka dan bertindak menangkap kedua-dua peragut itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pantas orang awam yang berjaya membantu wanita itu daripada menjadi mangsa ragut.

Polis berjaya memberkas kedua-dua suspek

Terkini, menurut laporan media, pihak polis telah memberkas dua lelaki terbabit selepas tular video suspek ragut yang berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Lorong Kuda, Jalan Ampang pada Ahad lalu (21 Ogos).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, satu kertas siasatan telah dibuka selepas laporan itu diterima.

“Dua suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan lelaki bukan warganegara berusia 32 dan 35 tahun.

“Kita juga turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar dan kunci motosikal,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Kredit gambar: TikTok encikhafidz06

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.