“Macam Mana Adik Hilang?”- Ibu Runsing Anak Menangis Gambar Tiada Dalam Potret Kahwin [Video]
Kanak-kanak itu menangis selepas menyedari wajahnya tiada di dalam potret perkahwinan ibu bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan pasangan yang berkahwin pasti akan mengabadikan potret perkahwinan mereka di dalam rumah.
Namun, pernahkah anda berada di dalam situasi apabila sudah mempunyai anak, mereka mula menyedari tentang gambar-gambar tersebut dan mula bertanya dimanakah mereka pada ketika itu.
Menangis lepas sedar wajah tiada dalam potret perkahwinan ibu
Adakalanya jawapan yang diberikan oleh ibu bapa boleh membuatkan tercetusnya drama air mata oleh anak-anak, sama seperti satu video yang tular di TikTok ini apabila anak perempuannya menangis kerana wajahnya tiada dalam potret perkahwinan ibu bapanya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatihah Sidek, kelihatan seorang kanak-kanak sedang menangis sambil menunjukkan ke arah potret perkahwinan di dinding bilik ibunya. setelah menyedari bahawa dirinya tiada dalam gambar tersebut.
Sangka ibu tak sayang sebab tiada wajahnya
Dia kemudian mula bertanya kepada ibu adakah ibunya tidak sayang kepadanya kerana tiada di dalam gambar tersebut.
Wanita tersebut kemudian cuba menenangkan anaknya itu dengan berkata pada ketika dia masih belum dilahirkan lagi.
“Macam mana (kenapa)? Adik sayang ibu.
“Macam mana (kenapa) adik dah hilang?,” katanya sambil menangis.
Ibunya lalu menjelaskan kanak-kanak itu bukan hilang cuma belum ada lagi sambil berkata ibu sayang adik.
Video yang berdurasi selama 27 saat itu turut mendapat perhatian di kalangan orang ramai yang terhibur serta ada juga yang berkongso pengalaman berhadapan dengan situasi sama dengan anak mereka.