fbpx
Now Reading
Remaja Ditahan Selepas Tikam Orang Awam Sebagai Latihan Untuk Bunuh Ibu Sendiri
remaja tikam ibu dan anak sebagai latihan sebelum bunuh keluarga sendiri

Remaja Ditahan Selepas Tikam Orang Awam Sebagai Latihan Untuk Bunuh Ibu Sendiri

Remaja tersebut memaklumkan dia melakukan perkara itu sebagai latihan kerana mempunyai perancangan untuk membunuh ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang gadis di daerah Shibuya, Tokyo, Jepun yang ditahan selepas membuat serangan secara rambang dengan menggunakan pisau memaklumkan dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu mendapatkan hukuman mati.

Memetik laporan Japan Today, gadis itu ditahan di tempat kejadian selepas membuat cubaan untuk membunuh seorang wanita bersama dengan anaknya.

Siasatan mendapati gadis itu merupakan seorang pelajar sekolah menengah rendah yang berusia 15 tahun dari Toda, Prefektur Saitama, utara Tokyo.

Polis bagaimanapun, terpaksa merahsiakan usia remaja itu kerana masih di bawah umur.

Tikam ibu dan anak guna pisau dapur

Gadis itu didakwa telah menikam pasangan anak beranak berkenaan iaitu seorang wanita berusia 53 tahun dan anak perempuannya, 19, dari belakang kira-kira jam 7.20 malam dengan menggunakan pisau dapur di jalan di Maruyama-cho, Wad Shibuya, berhampiran Stesen Shibuya.

Dalam tangkapan itu pihak berkuasa turut merampas tiga pisau kecil yang dimiliki oleh gadis itu semasa serangan tersebut.

Mangsa perlu tempoh 3 bulan untuk sembuh

“Ibu dan anak perempuan itu mengalami kecederaan serius yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh, dengan anak perempuan itu mengalami luka tikaman di belakang sedalam 10 sentimeter,” kata polis.

Remaja tersebut bagaimanapun, menafikan bahawa serangan itu dikaitkan dengan sebarang masalah di rumah atau sekolah, dan tidak menjelaskan lebih lanjut apakah motif sebenarnya kepada polis.

Bertindak menikam sebagai latihan untuk bunuh ibu

“Remaja itu memaklumkan bahawa dia melakukan tindakan itu sebagai latihan untuk melihat sama ada dia mampu membunuh seseorang kerana mempunyai perancangan untuk membunuh ibunya.

“Selepas meninggalkan rumahnya sekitar tengah hari pada hari Sabtu (21 Ogos), remaja itu turun di Stesen Shinjuku dan berjalan ke arah tempat kejadian,” kata sumber penyiasat.

Seorang saksi lelaki yang berusia 28 tahun memaklumkan kepada Kyodo News bahawa gadis itu kelihatan menangis secara senyap-senyap sewaktu ditahan oleh pegawai polis.

Dia dalam masa sama turut mengambarkan keadaan gadis itu yang memakai seluar dan baju-T yang berlumuran dengan darah serta remaja itu mempunyai rambut berwarna hitam dan kelihatan muda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.