Video Anak Menangis & Peluk Ibu Ayah Selepas Dapat Scooter Idaman Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu tidak dapat menahan sebaknya lalu menangis dan memeluk kedua orang tuanya dan mengucapkan terima kasih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa di dunia ini pasti akan berusaha untuk membahagiakan anak-anak yang mereka sayangi.
Tidak kira apa saja halangan yang mendatang, jika ada sesuatu yang diminta oleh anak pasti akan cuba untuk dituruti selagi sesuatu perkara itu tidak mendatangkan keburukan kepada anak-anak.
Sebak ketika dapat kejutan hadiah hari jadi
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Nanniezayanie, yang menunjukkan reaksi anaknya yang sebak ketika menerima kejutan hadiah hari jadi daripada kedua-dua ibu dan ayahnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak yang di kenali sebagai Ammara sedang berjalan menuju ke arah sebuah kereta di tempat parkir kenderaan.
Dia kemudian diminta oleh ibunya untuk membuka pintu di bahagian sebelah kiri.
Teruja dapat skuter elektronik idaman
Namun sebaik membuka pintu, dia dilihat tergamam selepas menyedari ada sesuatu yang berada di dalam kereta berkenaan iaitu sebuah scooter yang diidam-idamkannya selama ini.
Ammara kemudian terus menutup pintu itu kembali dan berlari memeluk ibu dan bapanya sambil menangis dah mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Reaksi spontannya itu, bagaimanapun tidak disangka oleh ibunya dan menyatakan anaknya itu seronok selepas mendapat hadiah yang dimahukan.
Tak sangka dia akan datang peluk dan menangis
“Ibu tak sangka dia nak lari datang peluk ibu dan nangis. Seronok dapat hadiah yang dia nak.
“Happy birthday anak solehah ibu ayah. Semoga Ammara jadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu Ayah sayang Ala,” tulis ibunya di dalam kapsyen.
Dapat hadiah skuter elektronik
Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Nanniezayanie turut menunjukkan kegembiraan Ammara yang membawa scooter elektronik tersebut bersiar-siar.
Video tersebut bagaimanapun turut membuatkan orang ramai sebak ketika melihat reaksi kanak-kanak itu dan ada juga yang mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakannya.