Cara Pelik Lelaki Ini Makan Tiram Buat Rakan Terhibur [Video]
Aksi lelaki itu kemudian ditegur oleh rakannya yang menyatakan tiram tersebut perlu dikunyah terlebih dahulu sebelum ditelan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Makanan laut sememangnya menjadi kegemaran ramai orang, terutama jika ia masih segar rasa manis makanan tersebut membuatkan masakan menjadi lebih enak lagi.
Malah ramai kini menjadikan aktiviti makan tiram sebagai satu trend terutama di media sosial.
Jika dahulu tiram ini boleh dikatakan sukar untuk didapatkan dan mempunyai harga yang agak ‘keras’ untuk dimakan.
Namun apabila ia semakin menjadi tular dan sentiasa dicari oleh orang ramai yang baru mahu mencubanya telah banyak kedai yang mula menjualnya dengan harga mampu milik.
Aksi lelaki makan tiram buat ramai terhibur
Disebabkan ia baharu di kalangan masyarakat mungkin ada yang tidak tahu bagaimana cara untuk memakan tiram tersebut seperti yang terjadi kepada seorang lelaki yang membuatkan ramai terhibur dengan caranya memakan tiram.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok Afifahzqah, kelihatan seorang lelaki yang sedang mencuba untuk memakan tiram sambil dirakam oleh rakannya.
Terus telan tiram tersebut
Namun apa yang mengejutkan, apabila dia bertindak untuk langsung memasukkan makanan tersebut ke dalam mulutnya lalu menelan isi tiram itu tanpa mengunyahnya dahulu.
Terkejut dengan perkara itu, rakan yang merakam tindakan tersebut tidak dapat menahan tawanya lalu tergelak dan mengatakan itu bukan cara yang sebenar untuk memakannya tetapi ia harus dikunyah terlebih dahulu sebelum ditelan.
Ketawa selepas tahu perlu kunyah dahulu
Apabila diberitahu rakannya itu, lelaki tersebut kemudian ketawa dan menepuk dadanya seolah-olah seperti mahu mengeluarkan tiram yang telah ditelan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang menonton video tersebut turut terhibur dengar aksi spontan lelaki itu dan ada juga yang mengatakan di luar negara mereka menelan tiram tersebut.