Gelandangan Di Thailand Bina Bilik Tidur Siap Dengan Katil Atas Jejantas Pejalan Kaki [Video]
Bilik tidur yang dibina oleh gelandangan tersebut turut dilengkapi dengan katil, bantal serta langsir sehingga membuatkan ia kelihatan seperti di dalam rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tular satu video di laman TikTok yang menunjukkan seorang gelandangan telah menghiasi jejantas pejalan kaki kepada bilik tidur di sebuah wilayah Ayutthaya, Thailand.
Namun, pengguna TikTok, @jittakorn_pochoo telah memohon maaf kerana menyiarkan video tersebut sehingga menyebabkan ia dimusnahkan oleh pegawai lebuh raya.
Bilik yang dibina turut dilengkapi dengan katil, langsir dan bantal
Memetik laporan The Thaiger, bilik tersebut turut dilengkapi dengan segala-galanya seperti katil yang diperbuat daripada bekas polestrin putih, ia mempunyai bantal, langsir untuk melindungi gelandangan itu daripada terkena cahaya matahari.
Bukan hanya itu, dia juga menyediakan cawan plastik sekiranya ada orang awam yang lalu di situ ingin memberi derma wang untuk membolehkannya membeli makanan.
Kelihatan selesa dan rasa seperti jalan dalam rumah
Orang ramai turut menyatakan bilik itu juga kelihatan selesa namun ia tidak bersesuaian kerana dibina di atas jejantas pejalan kaki yang akan dilalui setiap lima minit oleh pejalan kaki.
Segelintir warganet yang tinggal di kawasan bedekatan dengan jejantas tersebut turut berkata mereka berasa janggal kerana apabila melalui kawasan itu ia seperti berjalan di dalam rumah seseorang.
Media juga melaporkan bahawa bilik tersebut tidak lagi ada di situ ketika wartawan membuat lawatan di kawasan tersebut.
Jejantas dibersihkan untuk beri ruang yang bersih dan selamat
Seorang pegawai dari Daerah Lebuhraya Ayutthaya, Thawat Changtham memaklumkan kepada media bahawa pegawai membersihkan jejantas itu bagi menyediakan ruang yang bersih dan selamat kepada pejalan kaki.
Thawat turut memaklumkan pegawai akan sentiasa menghalau gelandangan kerana jejantas itu untuk pejalan kaki.
Seorang wanita berusia 41 tahun, Jatuporn Boonrot, yang bekerja berdekatan dengan jejambat menyatakan dia takut dengan gelandangan serta tidak berani untuk melalui kawasan itu seorang diri pada waktu malam.
Manakala seorang penjual yang berusia 40 tahun, Tharika Saleengam menyatakan bahawa gelandangan itu mempunyai banyak tatu dan ia membuatkan orang ramai takut.
Pengguna TikTok muat naik video jejantas sudah dibersihkan
Sementara itu, pengguna TikTok yang menyiarkan video tersebut telah memuat naik satu lagi rakaman menunjukkan jejantas tersebut telah dibersihkan dengan kapsyen yang mengatakan ‘itu salah saya’.
Jelasnya, di bahagian komen dia berasa bersalah kerana menyiarkan video itu kerana ia menyebabkan bilik tidur itu dirobohkan.
Segelintir netizen turut berasa kasihan dengan gelandang tersebut, namun sebahagiannya pula menyatakan pihak berkuasa terpaksa melakukan perkara itu kerana ia adalah kawasan awam.