fbpx
Now Reading
“Smart Woo!” – ‘Sound’ TikTok Ryan Bakery Yang Digunakan MU Hanya Untuk Server Malaysia [Video]

“Smart Woo!” – ‘Sound’ TikTok Ryan Bakery Yang Digunakan MU Hanya Untuk Server Malaysia [Video]

Menerusi video bukti itu, kelihatan jelas apabila server TikTok tersebut ditukarkan kepada negara Indonesia, secara automatik sound daripada TikTokers terkenal itu mula hilang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kemenangan tanpa diduga pasukan Manchester United (MU) ke atas musuh tradisinya Liverpool telah membuat para penyokong kelab itu bergembira lebih-lebih lagi setelah tumpas di beberapa perlawanan sebelum ini.

Hal ini menyebabkan pelbagai klip video sewaktu perlawanan dimuat naik di media sosial oleh penyokong pasukan MU.

Akaun rasmi MU guna ‘sound’ TikTokers Malaysia

Paling mengejutkan apabila akaun rasmi TikTok @manutd, memuat naik potongan klip semasa Sancho menjaringkan gol sambil menggunakan suara latar ‘sound’ dari TikTokers terkenal, Ryan Bakery.

Tindakan menggunakan sound tersebut telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia sekaligus menarik lebih ramai pengguna TikTok untuk menonton video tersebut.

Rakyat Malaysia teruja

Susulan itu, ruangan komen di akaun TikTok rasmi MU dihujani dengan rakyat Malaysia termasuk pemilik suara latar, Ryan Bakery.

Kebanyakan daripada mereka begitu teruja serta tidak percaya bahawa akaun rasmi daripada kelab gergasi bola sepak dunia sudi menggunakan ‘sound’ tersebut.

‘Sound’ hanya boleh didengari pengguna server Malaysia

Bagaimanapun, setelah beberapa pengguna media sosial melakukan kaji selidik mereka mendapati bahawa ‘sound’ tersebut hanya boleh didapati di dalam ‘server’ Malaysia sahaja.

Hal ini berjaya dibuktikan oleh salah seorang pengguna TikTok yang memuat naik video menunjukkan apa yang terjadi jika dia menukarkan ‘server’ kepada negara lain.

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok @airrmelowwwww, kelihatan jelas apabila server TikTok tersebut ditukarkan kepada negara Indonesia, secara automatik ‘sound’ daripada TikTokers terkenal itu mula hilang.

@airrmelowwwww

Reply to @airrmelowwwww 👍🏼😂

♬ original sound – airmelowwwww

Tidak hanya itu, jika diteliti dengan baik, bahkan kaspyen di bawah video juga turut bertukar.

Bukti video tersebut jelas membuktikan bahawa ‘sound’ daripada Ryan Bakery itu hanya boleh didengari oleh pengguna TikTok di Malaysia sahaja.

Ryan Bakery tetap TikTokers kegemaran rakyat Malaysia

Apa-apa pun, tidak kiralah sound tersebut didengari oleh seluruh dunia atau hanya di Malaysia sahaja. TikTokers muda yang sedang meningkat naik itu tetap menjadi pilihan nombor satu masyarakat di negara ini.

Kebanyakan konten yang dibuat olehnya mengisahkan kembali kenangan di waktu kecil dahulu dimana ramai di antara kita pernah lalui momen-momen sebegitu.

Kredit gambar: TikTok manutd

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.