fbpx
Now Reading
“Bina Bersama” – IOI City Mall Ajak Orang Ramai Bersama Siapkan Mural Terpanjang Sempena 31 Ogos [Video]

“Bina Bersama” – IOI City Mall Ajak Orang Ramai Bersama Siapkan Mural Terpanjang Sempena 31 Ogos [Video]

Program pembinaan mural terpanjang itu boleh disertai oleh orang ramai bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam di IOI City Mall, Putrajaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehangatan Hari Kebangsaan semakin dirasai, hari bersejarah buat bumi bertuah ini akan disambut pada 31 Ogos nanti.

Oleh itu, pelbagai pihak turut berkerjasama dengan mengadakan pelbagai acara yang berkonsepkan Malaysia dan Kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan.

Baca artikel berkaitan: 5 Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Anak-Anak Sempena Hari Kemerdekaan

Mural daripada lego berkonsepkan Hari Kebangsaan

IOI properties dengan kerjasama bersama Bryks.Art juga tidak terlepas mengadakan program di mana mural tersebar berkonsepkan Kemerdekaan ke-65 dengan menggunakan blok permainan LEGO telah diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Apa yang lebih menarik, mural terbesar ini bukan hanya dilakukan oleh golongan professional malah rakyat Malaysia yang lain turut mampu menyumbang tenaga dalam menghasilkan seni ini.

Foto: FB Bryks.Art

Menerusi hantaran yang di muat naik di laman Facebook rasmi IOI City Mall, program tersebut sudah bermula sejak 26 Ogos lalu dan akan berterusan sehingga Hari Malaysia, 16 September 2022 ini.

Kita pecahkan rekod, bina bersama

Dengan slogan “Kita pecahkan rekod dengan membina bersama”, jelas tujuan program itu diadakan adalah untuk orang ramai menyumbangkan tenaga mereka dalam membina mural tersebut serta untuk memupuk semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Program untuk Hari Kebangsaan itu ternyata mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila kelihatan ramai yang turut menyertai dalam meyumbang tenaga untuk menyiapkan mural tersebut.

Foto: Bryks.Art
Foto: FB Bryks.Art

Penyertaan adalah percuma kepada semua

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik akaun TikTok @abam.fai, dia berkata penyertaan secara percuma itu masih mempunyai banyak tempat kosong yang harus disiapkan.

@abam.fai

Contribution untuk bina largest brick mural sempena Merdeka 2022 di ioi City Mall New Wing Putrajaya! PERCUMA! #Merdeka #BryksArt #ioicitymallputrajaya #NewWing #FYP

♬ original sound – Abam.Fai – Abam.Fai

“Mural terbesar dibuat dengan menggunakan lego di IOI City Mall New Wing Putrajaya,” tulisnya di dalam kapsyen video.

Lelaki itu turut menyeru agar orang ramai membawa keluarga mereka bersama-sama untuk menyiapkan mural yang bakal memasuki Malaysia Book of Record sebagai mural terpanjang (30 meter).

Bagi yang berminat untuk menyertai program pembinaan mural terpanjang ini, dibawah merupakan maklumat penuh program:

Tempat: Ground Floor, Center Court, Phase 2, IOI City Mall Putrajaya

Tarikh: 25 Ogos – 16 September

Masa: 10.00 AM – 10.00 PM

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.