Gardenia Naikkan Harga Roti Bermula 1 September

Desas-desus mengenai kenaikan harga Roti Gardenia terjawab apabila pengeluar produk itu di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produk keluarannya akan dijual pada harga baharu bermula 1 September ini.

Menerusi satu respon balas yang dikeluarkan Gardenia Bakeries di Facebook, kenaikan kos dan bahan-bahan mentah serta kos pengangkutan yang mendadak menyebabkan berlakunya peningkatan pada harga barang tersebut.

“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.

“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia.

Babitkan 53 produk

Kenaikan ini difahamkan membabitkan 53 produk mereka dengan harga peningkatan di antara 10 sen hingga 50 sen bergantung kepada produk.

Ini termasuklah Gardenia Original Classic yang akan mengalami kenaikan sebanyak 20sen daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia daripada RM1 kepada RM1.10.

“Pelarasan harga roti putih Gardenia Original Classic ialah sebanyak 7% atau 20 sen, berbanding kenaikan harga tepung berprotein tinggi sebanyak 25%.”

Namun menurut syarikat itu lagi, roti Gardenia Bonanza Keluarga masih dikekalkan pada harga RM2.75 sebuku iaitu harga mampu milik untuk roti putih dengan berat 500 gram.

Sebagai perbandingan untuk setiap 100g, katanya roti itu 55 sen lebih murah berbanding Gardenia Original Classic (RM0.75).

Tular senarai harga baharu

Terdahulu tular di Twitter surat makluman mengenai perubahan harga produk-produk roti keluaran Gardenia yang dikongsikan seorang pengguna, @KlutzyKucing.

“Ingatkan 1 Sept 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naiklah,” tulisya di Twitter.

Menerusi pemerhatian kami, surat pemberitahuan tular tersebut turut ditandatangani oleh Koh Cin Huat selaku CEO syarikat.

Koh di dalam surat itu turut berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan bahan mentah yang terus meningkat.

Sekitar November 2021 yang lalu lalu, Gardenia KL turut mengumumkan kenaikan beberapa harga produknya bermula 1 Disember.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago