fbpx
Now Reading
1.28 juta Penjawat Awam Diumumkan Kenaikan Gaji Tambahan RM100 Mulai Januari 2023

1.28 juta Penjawat Awam Diumumkan Kenaikan Gaji Tambahan RM100 Mulai Januari 2023

Difahamkan kerajaan akan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi kenaikan gaji khas penjawat awam ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa jam menanti ‘khabar gembira’, penjawat awam dari Gred 11 hingga Gred 56 negara akhirnya menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismali Sabri mengumumkan bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100.

Menurut Ismail Sabri, kenaikan itu yang akan bermula pada Januari tahun hadapan melibatkan 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100.

“Ia menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya sewaktu memberikan ucapan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada pagi Selasa (30 Ogos) yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain dari manfaat kenaikan tersebut, terdapa beberapa lagi inisiatif lain yang diumumkan beliau sewaktu memberikan amanat berkenaan termasuklah melibatkan pesara kerajaan.

5 Inisiatif lain yang dimaksudkan ialah:

  1. Naikkan kadar maksimum jumlah cuti dari 160 ke 180 hari.

Kerajaan akan menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

2. Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari.

Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500.000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi.

3.Meluaskan tafsiran ahli keluarga bagi Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja. penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam.

4. Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan telah bersetuju menambahbaik Kadar Tetap 3% semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini.

5. Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

BKK 2023 akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awarn Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat dilaporkan menggesa Putrajaya untuk melaksanakan tiga langkah iaitu menaikkan gaji minimum penjawat awam RM1,800, menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih berkesan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.