fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Bawa Haiwan Peliharaan Aligator Berjalan-Jalan Di Taman [Video]
kanak-kanak bawa aligator jalan-jalan

Kanak-Kanak Bawa Haiwan Peliharaan Aligator Berjalan-Jalan Di Taman [Video]

Haiwan reptiliar itu juga kelihatan jinak dan membiarkan orang tidak dikenali untuk membelainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengunjung di sebuah taman Pennsylvania terkejut apabila mereka disertai oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan sambil membawa seekor aligator yang diikat dengan tali.

Memetik laporan New York Post, terdapat satu video yang di ambil pada Jumaat (26 Ogos) memaparkan kanak-kanak tersebut berjalan bersama haiwan reptilia itu yang kemudiannya dilihat berbaring di satu lopak air untuk menyejukkan badannya

Aligator merupakan haiwan peliharaan sokongan emosi

Haiwan tersebut diberi nama Wally dan ia turut memakai satu kolar di bahagian leher untuk menandakan ia adalah haiwan peliharaan sokongan emosi.

Malah, apa yang menariknya haiwan reptilia itu juga kelihatan sangat mesra dengan orang di taman tersebut dan membiarkan orang yang tidak dikenali untuk membelainya.

Menurut New York Post yang dipetik dari Philly Voice, Wally merupakan ikon tempatan di York Pennsylvania yang dipanggilnya sebagai rumah.

Joie Henney pemilik Wally mempunyai banyak aligator

Pemiliknya, Joie Henney adalah seorang pencinta haiwan reptilia yang mempunyai banyak aligator. Tidak jelas siapa yang berjalan dengan Wally pada hari Jumaat (26 Ogos) lalu.

“Saya mengalami kemurungan yang teruk dan dia membawa saya keluar darinya.

“Doktor saya mahu memberi saya ubat anti-kemurungan dan saya enggan mengambilnya,” kata Henney dan memilih untuk menghabiskan masa dengan aligator.

Hanney juga memaklumkan Wally telah didaftarkan secara sah sebagai haiwan sokongan emosi, serta mendakwa buaya lebih mudah untuk dilatih berbanding anjing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.