fbpx
Now Reading
Sadonya! Abang Bomba Belanja ‘Biceps’ Sempena Perarakan Hari Kebangsaan Esok [Video]

Sadonya! Abang Bomba Belanja ‘Biceps’ Sempena Perarakan Hari Kebangsaan Esok [Video]

Menerusi video terbabit, kelihatan jelas jentera bomba sedang bergerak di dalam satu barisan di sekitar jalan berhampiran Dataran Merdeka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa tahun Hari Kemerdekaan tidak dapat disambut dengan meriah akibat pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, akhirnya pada sambutan ke-65 tahun ini acara tersebut kembali diadakan.

Bagi 31 Ogos tahun ini, Dataran Merdeka akan menjadi lokasi tumpuan masyarakat bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Walaupun acara berkenaan belum lagi dilakukan secara rasmi, tetapi ramai yang teruja dapat melihat raptai sempena Hari Kemerdekaan tersebut.

Baca artikel berkaitan: [Video] “Terbaik Lah!” – Ramai Teruja Tengok Kereta Kebal Buat Aksi Wikang Ketika Raptai Hari Kebangsaan

Pihak Jabatan Bomba juga tidak terlepas daripada menyertai perarakan ini, mereka sememangnya layak diberikan penghormatan atas jasa dan pengorbanan demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

Jentera bomba di atas jalanraya Kuala Lumpur

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @faizrzkk, kelihatan beberapa buah jentera bomba sedang bergerak di dalam satu barisan di atas jalan raya berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam (29 Ogos).

Pada video sama, kelihatan juga beberapa orang bomba sedang berdiri di atas jentera terbabit sambil melambai-lambai ke arah orang ramai yang menyaksikan latihan perarakan itu.

Abang bomba tunjuk ‘biceps’

Apa yang lebih menarik, terdapat beberapa orang bomba yang menunjukkan ‘biceps’ ketika melihat orang awam sedang merakam mereka daripada tepi jalan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja melihat susuk tubuh para anggota bomba yang kelihatan tegap dan tidak kurang juga yang memuji bentuk badan mereka.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.