“Ayah Dah Meninggal” – Tular Kanak-Kanak Hilang Dibantu Abang Polis Buat Ramai Sedih [Video]
Pada video sama, wanita terbabit membuat pengumuman selepas mendapat maklumat mengenai nama kanak-kanak itu serta nama ibunya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehangatan sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung semalam (31 Ogos) di Dataran Merdeka masih dirasai apabila rakaman momen-momen semasa upacara masih membanjiri platform media sosial.
Kebanyakan perkongsian itu merupakan video yang menghiburkan dan juga menaikan semangat patriotik apabila melihat barisan perarakan dan juga semangat rakyat Malaysia yang hadir bersatu hati bagi menyambut saat negara bebas dijajah.
Polis bantu kanak-kanak yang hilang
Namun lain halnya dengan video tular satu ini, apabila perkongsian yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang hilang daripada ibunya di bantu oleh anggota polis semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @besihitam, kelihatan dua anggota polis sedang mengiringi seorang kanak-kanak menuju ke pentas utama bagi mencari ahli keluarga kanak-kanak tersebut.
“Kisah budak hilang di Dataran Merdeka buat ramai sedih, rupa-rupanya bapak dia dah meninggal,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ketika di sebuah khemah, seorang wanita menyapa kanak-kanak terbabit untuk membantu mencari ahli keluargannya yang terpisah ketika majlis berlangsung.
Hanya berdiam ketika ditanya nama ayah
“Hai sini adik, nama adik siapa? (Fauzan jawab kanak-kanak itu), Nama ayah siapa? (kanak-kanak terbabit diam), okay nama ibu siapa? (Noraini jawabnya lagi),” kata wanita itu.
Pada video sama, wanita terbabit membuat pengumuman selepas mendapat maklumat mengenai nama kanak-kanak itu serta nama ibunya.
Ayah dah meninggal dunia
Sementara menunggu ketibaan ibunya, anggota polis menunjuk pada seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi jika itu bapanya, namun dia memberi tahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.
“Ayah dah meninggal,” ujar kanak-kanak terbabit.
Tidak lama selepas pengumuman dilakukan, terlihat seorang wanita yang sedang memegang tangan anaknya menuju ke khemah terbabit dan menuntut kembali anaknya yang hilang itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak sejurus mengetahui bahawa kanak-kanak itu merupakan anak yatim serta memuji tindakan anggota polis terbabit yang pantas membantu.
Kredit gambar: TikTok besihitam