fbpx
Now Reading
“Ini Merdeka Sebenar” – Solat Subuh Di Masjid Jamek Penuh Dengan Pengunjung Sambut Merdeka [Video]
masjid jamek penuh

“Ini Merdeka Sebenar” – Solat Subuh Di Masjid Jamek Penuh Dengan Pengunjung Sambut Merdeka [Video]

Meskipun teruja, namun ia tidak menghalang pengujung yang hadir untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai hamba Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam tanggal 31 Ogos, telah berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan besar-besaran kali ini merupakan yang kali pertama selepas dua tahun penularan wabak Covid-19 yang menyerang dunia sebelum ini.

Bukan itu sahaja, mereka yang hadir untuk menonton perbarisan serta persembahan lain turut mula memenuhi kawasan di Dataran Merdeka tersebut bermula jam 4 pagi lagi.

Masjid Jamek dipenuhi dengan jemaah subuh seperti di Mekah

Apa yang lebih menarik lagi, dalam keturujaan untuk menyambut hari kebangsaan tersebut orang ramai juga tidak melupakan kewajipan mereka, apabila solat subuh di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur itu turut dipenuhi dengan jemaah yang boleh digambarkan seperti di tanah suci.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Twitter kelihatan ruang solat dalam masjid tersebut penuh daripada saf hadapan sehinggalah belakang.

Ada yang masih menanti giliran di luar masjid

Malah turut dapat dilihat juga terdapat segelintir daripada pengunjung yang sedang menanti giliran mereka di luar masjid tersebut untuk menunaikan solat fardu subuh.

“Alhamdulillah. Suasana orang ramai memenuhi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi (31 Ogos) sebelum menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

“Pelihara hubungan dengan Allah SWT setiap masa, itu erti merdeka yang hakiki,” ciapnya di Twitter.

Meninjau di ruangan komen, video tersebut turut membuatkan ramai yang tersentuh melihat suasana tersebut tidak kurang juga ada yang bersyukur dan menyatakan ia adalah erti kemerdekaan yang sebenar.

“Subuh macam Jumaat yang digeruni musuh ni. Tahun merdeka sebenar”

“Alhamdulillah ini merdeka yang sebenar”

“Teruskan solat subuh sebegini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.