fbpx
Now Reading
“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kecewa Pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan Pijak Pokok Hiasan Hingga Rosak

“Korang Dah Kenapa?” – DBKL Kecewa Pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan Pijak Pokok Hiasan Hingga Rosak

Menerusi video, jelas kelihatan pokok-pokok hiasan yang ditanam di sekitar pusat bandaraya itu rosak akibat dipijak oleh orang ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung semalam (31 Ogos) di Dataran Merdeka, terdapat juga kesan buruk apabila segelintir individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan pokok hiasan di sekitar pusat bandaraya itu.

Hal ini jelas dapat dilihat menerusi beberapa rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial yang memaparkan keadaan tanaman yang dalam keadaan rosak seperti dipijak.

“Korang dah kenapa” – DBKL

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak berdiam diri apabila memuat naik hantaran beserta gambar dan video di dalam laman Facebook rasminya yang memperlihatkan keadaan di sekitar kawasan itu.

Menurutnya, pihak DBKL seronok melihat rakyat Malaysia bersatu hati hadir ke Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan, namun turut kecewa dengan kejadian sebegini.

Tak Peduli dengan persekitaran dan keindahan kawasan

“Korang dah kenapa? Seronok min (admin) tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.

“Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat itu sudah bagus, tapi caranya tak betul,” tulisnya di ruangan kaspyen.

Lebih 100,000 orang membanjiri Kuala Lumpur

Semalam (31 Ogos), media melaporkan kehadiran lebih 100,000 orang pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka berbanding sasaran asal sebanyak 50,000 merupakan sesuatu yang luar biasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengunjung memenuhi kawasan perbarisan dan perarakan sepanjang tiga kilometer meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut, selain sekitar Jalan Tun Perak.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan rasa puas hati dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini, khususnya kelancaran persembahan dan perarakan yang membabitkan lebih 20,000 peserta dan 437 aset darat dan udara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.