fbpx
Now Reading
Peguam Kongsi Kisah Suami Tak Malu Berzina, Sanggup Ceraikan Isteri Yang Rela Bermadu

Peguam Kongsi Kisah Suami Tak Malu Berzina, Sanggup Ceraikan Isteri Yang Rela Bermadu

Beliau turut berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil para isteri sekiranya berpisah antaranya memfailkan Nafkah Eddah dan juga Mutaah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hubungan rumah tangga tidak selalunya indah, pada satu ketika, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi.

Antara dugaan yang paling besar dalam hubungan berumah tangga pastinya apabila tingkah laku atau sikap pasangan yang berubah tidak seperti dahulu.

Wanita sanggup bermadu

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook Peguam Syarie, Fahmi Ramli, beliau berkongsi kisah seorang wanita yang diceraikan suaminya tanpa sebab walaupun dia sanggup bermadu justeru ingin menuntut keadilan di mahkamah.

Suami tak malu cerita hubungan seks dengan wanita lain

Menurut Fahmi yang juga Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, wanita terbabit berkata suaminya tidak mempunyai perasaan malu apabila sanggup menceritakan hubungan seksnya bersama wanita lain setiap kali balik ke rumah.

“Setiap kali balik ke rumah, suaminya akan ceritakan tentang perhubungan seksual dengan wanita lain. Penuh ‘lovebite’ di badan. Astaghfirullah, sampai dah tak rasa bersalah atau malu buat maksiat,” katanya.

Pertahanankan rumah tangga kerana anak

Menurut Fahmi, wanita terbabit masih bertahan dengan sikap jijik suaminya itu hanya kerana fikirkan anak-anak sahaja.

“Isteri tersebut sanggup untuk tidak bercerai dan cuba menasihati agar suaminya menikahi wanita tersebut sebab dia tak larat dengar orang kini kanan bercerita tentang perbuatan suaminya.

“Bila disuruh kahwin, si suami elak dan mintak jangan masuk campur urusan dia. Hinggalah satu waktu, isteri tersebut sudah tidak tahan, lalu pergi siasat rumah yang suaminya selalu pergi,” katanya lagi

Tambahnya, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya bersama wanita lain di dalam rumah dalam keadaan tidak berbaju selepas dibuka pintu.

Lebih menyedihkan, Fahmi berkata wanita itu diceraikan oleh suaminya tanpa sebarang sebab pada waktu kejadian.

Apa yang boleh dipohon oleh bekas isteri?

Fahmi berkata, untuk kes sebegini, dia menasihati agar wanita tersebut menfailkan Nafkah Eddah dan juga Mutaah atau saguhati selepas cerai.

“Mutaah wajib diberikan kepada bekas isteri yang menuntut dan diceraikan tanpa sebab yang munasabah oleh bekas suaminya. Asal hukumnya adalah harus, namun, jika cukup syarat, bekas isteri tuntut, maka ia menjadi wajib bagi bekas suami membayarnya. Asalkan dalam tempoh kahwin, berlaku persetubuhan,” katanya.

Bila sebaiknya buat tuntutan Mutaah?

Sebaiknya tuntutan Mutaah dibuat selepas cerai dan telah habis eddah. Orang yang masih dalam perkahwinan tak layak untuk tuntut Mutaah.

Boleh sahaja tuntut sewaktu dalam tempoh eddah, cuma, jika berlaku ruju’ dalam tempoh eddah tersebut, maka terbatallah Mutaah tersebut.

Boleh ke kalau tuntut Mutaah walaupun telah bertahun cerai?

Tiada masalah untuk bekas isteri menuntut mutaah walaupun telah lama diceraikan atau telah berkahwin dengan mana-mana lelaki lain sekalipun. Asalkan, tidak ada halangan yang melayakkan diri bekas isteri tersebut untuk menerima.

Seperti contoh, bekas isteri sewaktu diceraikan itu telah ada perintah Mahkamah yang menggugurkan haknya mendapat Mutaah. Ataupun, mungkin disebabkan perceraian sebelum ini berlaku disebabkan isteri seperti tebus talak atau fasakh kerana aib isteri.

Berapa jumlah Mutaah yang layak?

Dalam undang-undang tidak ada satu garis panduan khusus berapa jumlah yang tepat dan bagaimana kiraannya. Ia sangat subjektif dan terkait kiraan mutaah melalui Hukum Syarak dan melalui Ijtihad Hakim.

Adakah isteri yang disabitkan nusyuz layak untuk mendapat Mutaah?

Ya, isteri yang disabitkan nusyuz hanya menghilangkan kelayakannya untuk menerima Nafkah dirinya atau Nafkah Eddah sahaja. Mutaah bukanlah nafkah. Sebaliknya Mutaah adalah saguhati selepas perceraian.

Cuma, kesan nusyuz ini boleh mengurangkan jumlah mutaah yang mungkin layak bagi seorang wanita tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.