Petugas MAIWP Terkejut, Dapat Aduan Ada Keluarga Perlu Bantuan Zakat, Bila Disiasat Rupanya Sewa Di Kondo Mewah

Umum pasti mengetahui, pemberian zakat adalah satu bentuk bantuan yang dihulurkan kepada golongan yang layak iaitu asnaf fakir, miskin, hamba, amil, mualaf, gharimin, fisabilillah dan ibn sabil.

Pemberian ini bagaimanapun bukanlah secara melulu sebaliknya ia perlu melalui beberapa beberapa proses bagi memastikan mereka yang menerimanya benar-benar layak mengikut kategori asnaf yang ditetapkan.

Sebagai contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempertanggungjawabkan Skuad Jejak Asnaf di bawah kelolaan mereka untuk menguruskan hal ehwal sebegini.

MAIWP dapat aduan ada keluarga perlu bantuan

Terbaharu tular di media sosial satu perkongsian Baitulmal MAIWP di mana Skuad Jejak Asnaf telah menerima satu aduan mengenai sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan Zakat.

Peka dengan aduan tersebut, pasukan Skuad Jejak Asnaf kemudiannya cuba menjejaki keluarga berkenaan di sebuah kawasan kediaman di ibu negara.

Namun apa yang memeranjatkan apabila mereka mendapati kawasan perumahan yang diduduki keluarga tersebut bukan lah rumah ‘biasa-biasa’ sebaliknya sebuah kondominium mewah dipercayai di Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut MAIWP, secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

Ramai guna alasan utamakan keselesaan dan isu keselamatan

Tambah MAIWP, banyak pemohon Zakat didapati menggunakan alasan yang seolah-olah tidak masuk akal di mana mereka memilih untuk tinggal di rumah-rumah mewah disebabkan faktor seperti keselesaan, keselamatan selain lokasinya yang dekat dengan sekolah anak mereka.

Bagi kes pemohon ini pula, maklumat yang diperolehi MAIWP mendapati keluarga ini duduk menyewa di kondo berkenaan. Ia bukanlah rumah pusaka milik keluarga atau diduduki secara percuma hasil dari bantuan orang lain.

“Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan untuk tinggal di tempat berikut adalah disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak. Hasil dapatan maklumat yang diperolehi, menyatakan mereka ini menghuni di kediaman tersebut dengan bayaran sewa secara bulanan. Bukannya rumah pusaka mahupun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain.”

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Kadar sewa dari RM1,399 – RM3,800

Menerusi semakan kami di laman PropertyGuru, kadar sewa bagi seunit kondominium ini bermula dari RM1,399 hingga RM3,800.

Manakala harga pembeliannya juga mencencah RM2.5 juta.

Harga ini jelas begitu tinggi dari harga yang sepatutnya diduduki oleh golongan Asnaf yang memerlukan.

Mohon turunkan taraf gaya hidup

Sehubungan itu, MAIWP menasihatkan kepada orang ramai baik yang berada di dalam kesempatan hidup atau terkesan dengan ekonomi semasa agar bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup mereka.

Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa. MAIWP sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago