fbpx
Now Reading
Terima Ugutan Selepas Kritik Prestasi Lee Zii Jia, Pengulas Sukan Buat Laporan Polis
hafizal hamad buat laporan polis

Terima Ugutan Selepas Kritik Prestasi Lee Zii Jia, Pengulas Sukan Buat Laporan Polis

Laporan tersebut dilakukan oleh Hafizal Hamad selepas dia menerima satu ugutan dari seorang individu dipercayai peminat Lee Zii Jia, atlet badminton perseorangan negara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengulas sukan terkenal, Hafizal Hamad telah membuat satu laporan polis selepas menerima mesej yang berbaur ugutan dari seorang individu dipercayai peminat fanatik pemain badminton negara, Lee Zii Jia (LZJ).

Ugutan tersebut telah diterima oleh pengulas berkenaan di laman Instagram dengan menggunakan nama ‘antimediababi’.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menyatakan, pengulas sukan tersebut datang untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sekitar jam 1 pagi pada 31 Ogos lalu.

Foto: Twitter

Terima ugutan dari laman Instagram

“Pengadu (pengulas sukan) itu menerima mesej melalui satu laman Instagram yang berbaur ugutan pada 27 Ogos lalu.

“Pengadu membuat lapotan polils kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepadanya sekeluarga,” jelas beliau.

Berpunca apabila ulas berkenaan prestasi pemain badminton negara, syak ada yang tidak puas hati

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati Hafizal Hamad ada mengulas tentang kemerosotan prestasi pemain badminton perseorangan negara berkenaan di dalam satu rancangan televisyen.

“Pengadu mengesyaki perkara tersebut mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” maklumnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.