fbpx
Now Reading
“Jika Benar Abang2 Raihan Ada Ulas Isu Konsert..” – PU Syed Buka Mulut Isu Konsert

“Jika Benar Abang2 Raihan Ada Ulas Isu Konsert..” – PU Syed Buka Mulut Isu Konsert

Menurut PU Syed, tidak akan timbul isu agama yang keras atau lembut sekiranya bertembung dengan sesuatu kemungkaran dalam Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pendakwah bebas, PU Syed yang meminta agar konsert BlackPink yang bakal berlangsung di Malaysia untuk dibatalkan.

Namun di sebalik saranan itu, tular pula kenyatan yang dipetik dari kumpulan Nasyid Antarabangsa, Raihan yang berpendapat bahawa pendakwah tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan penganjuran konsert di Malaysia.

Hal ini kerana ia melanggar cara dan ajaran Rasullulah SAW yang meminta umatnya untuk sentiasa berhikmah dalam menegur sesuatu.

Sikap cepat menghukum atau mengharamkan sesuatu perkara amat bahaya

Menurut kumpulan nasyid itu, sikap cepat menghukum atau mengharamkan sesuatu perkara yang dilakukan oleh individu yang bergelar pendakwah adalah sesuatu yang bahaya kerana ia boleh menyebabkan Islam kelihatan seperti agama yang ‘keras’.

Menerusi semakan kami, kenyataan tersebut dikeluarkan ahli kumpulan Raihan dalam satu temubual bersama Getaran sewaktu majlis sidang media Konsert Garis Masa Raihan yang diadakan pada baru-baru ini.

PU Syed balas kenyataan Raihan di Instagram

Peka dengan perkara tersebut, PU Syed menerusi satu hantaran di laman Instagram kemudiannya membalas kenyataan yang dikeluarkan kumpulan Raihan itu.

“Jika benarlah abang-abang Raihan ada ulas isu penganjuran konsert dan menyatakan tak nak lihat Islam agama yang keras.

“Secara asasnya, hiburan tak menjadi masalah. Cuma yang menjadi teguran adalah penganjuran konsert yang melalaikan dari ingat kepada Allah dan percampuran unsur-unsur lagha (melalaikan) dalam persembahan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tiada isu agama keras atau lembut bila bertembung dengan sesuatu kemungkaran

Tambahnya, tidak akan timbul isu agama yang keras atau lembut sekiranya bertembung dengan sesuatu kemungkaran dalam Islam serta mengambil sikap dan sifat Baginda dan sahabat sebagai contoh yang terdekat dalam perkara itu.

“Baginda Rasulullah SAW seorang yang lemah lembut, namun tatkala bertembung dengan kemungkaran, Baginda bersikap tegas dan begitu juga dengan para sahabat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu berkata sekiranya pengajuran konsert mematuhi syariah yang telah ditetapkan, maka tiada sesiapa yang akan membantah dan menyekat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.