fbpx
Now Reading
‘Stranger’ Belanja Satu ‘Family’ Makan, Rupanya Rindu Keluarga Angkat Yang Meninggal Sebab Covid [Video]

‘Stranger’ Belanja Satu ‘Family’ Makan, Rupanya Rindu Keluarga Angkat Yang Meninggal Sebab Covid [Video]

Menerusi video terbabit, kelihatan lelaki tersebut berada di hadapan kaunter untuk melakukan pembayaran dan kemudianya kembali ke arah meja keluarga tadi sebelum pulang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cerita mengenai wabak Covid-19 yang membunuh berjuta nyawa di seluruh dunia kian dilupakan, malah kebanyakan masyarakat sudah mula membiasakan diri dan tidak lagi takut dengan wabak itu.

Namun kesannya bagi mereka yang pernah dijangkiti dan juga ahli keluarga yang terkorban akibat wabak mengancam nyawa itu pasti tidak akan dilupakan.

Belanja satu meja keluarga lain makan

Begitulah yang terjadi dengan video yang tular di media sosial apabila seorang lelaki dikatakan membayar makanan untuk satu meja yang dipenuhi oleh ahli keluarga orang lain.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik akaun TikTok @chimok_93, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam sedang menangis ketika disapa olah seorang wanita berbaju hijau.

@chimok_93

Whoever know him please always support him..He deserve a big hug 🤗❤️

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

“Waktu nak lunch (makan tengah hari) ada seorang pemuda ni baik hati sangat belanja kitorang semua makan sebab teringat kat arwah family dia,” tulisnya di dalam video.

Pada video sama, kelihatan pemuda terbabit berada di hadapan kaunter pembayaran untuk melakukan pembayaran dan setelah itu dia kembali ke arah meja keluarga terbabit untuk mengucapkan selamat jalan.

“Serius rasa sebak bila dapat tahu satu family dia meninggal (dunia) disebabkan Covid-19 dan tinggal dia sorang saja. Rasa kehilangan dan rindu tak terkata,” tulisnya lagi.

Ambil nombor telefon dan rancang untuk berjumpa lagi

Seorang pengguna TikTok memberi saranan agar wanita itu serta keluarganya mengambil nombor telefon lelaki terbabit supaya boleh berjumpa lagi buat masa akan datang.

Membalas komen terbabit, wanita itu berkata dia sudah mengambil nombor telefon pemuda terbabit sebelum dia pulang dan sememangnya berhasrat untuk berjumpa lagi nanti.

Rapat dengan keluarga angkat yang meninggal

Difahamkan, lelaki terbabit sebenarnya kehilangan keluarga angkatnya yang rapat seperti keluarga sendiri sehingga dia begitu merasai kehilangan orang yang tersayang.

Meninjau di ruangan komen pulak, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib lelaki terbabit serta meminta agar keluarga wanita terbabit mengambil pemuda baik hati itu sebagai anak angkat.

Kredit gambar: TikTok chimok_93

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.