
“Eh Tersayang Pula” – Dulu Ayah Angkat Sekarang Sah Jadi Suami [Video]
Difahamkan, mereka mula berkenalan sejak setahun lalu ketika bertugas di tempat kerja yang sama. Disebabkan usia suaminya sama dengan ayah kandungnya, wanita ini kemudian mula menjadikan si suami sebagai ayah angkat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Zaini Ramli walaupun jarak umur hampir 21 tahun.
Mula dimuat naik oleh empunya badan, Amira Hanim di akaun TikTok @mirazaini_adha pada Sabtu (3 September), kisah pasangan ini kemudiannya mula tular selepas tersenarai di ruangan For Your Page (FYP).
Anggap ayah angkat kerana sebaya dengan ayah kandung
Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila wanita berusia 25 tahun ini mendedahkan yang suaminya itu suatu masa dahulu pernah bergelar ayah angkatnya.
Difahamkan, mereka mula berkenalan sejak setahun lalu ketika bertugas di tempat kerja yang sama. Disebabkan usia suaminya sama dengan ayah kandungnya, wanita ini kemudian mula menjadikan si suami sebagai ayah angkat.
Namun perasaan kasih sayang mula terbit hingga mereka akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri.
“Benarlah kata orang kalau dah jodoh kan. Apa-apa pun suami aku ni ex ayah angkat aku tau.
“Tiba-tiba pula rasa sayang. Tak salah bukan mencuba, tup-tup dah jadi jodoh saya,” tulis Amira di ruangan kapsyen.
@mamaadha97 benar lah kata orang..kalau dah jodoh kan..btw suami aku ni ex ayah angkat aku tau..tiber lak rasa sayang..tak salah kan mencuba, tup² dah jadi jodoh aku..😁😁 kalau dah jodoh tak kemana..i love u en.Zaini Ramli. 🥰🥰#fypシ #suamiyangsah #exayahangkat #takfyp #nikah #taipingbandarwarisan❤️
♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid
Menerusi beberapa lagi muatnaik, Amira turut berkongsi video sewaktu majlis pernikahan mereka yang dipercayai berlangsung di Taiping, Perak pada Ogos lalu.
@mamaadha97 alhamdulillah selesai semalam..🥰🥰🥰tq pada emak,pakcik,adik² sepupu yang tolong siapkan aku semalam..sayang hangpa..pada encik suami..sayang abg lebih dari segalanya2..😚😚😍 #sayangsuamiku #barunikah #nikah #loveyou
♬ sonido original – ✨Bollywood Songs✨
@mamaadha97 dua kali gak lah lafaz😅..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar😁😊🥰 ..tok kadi dari start nak mula majlis sampai kesudah dok buat lawak😂😂 aku dok tahan gelak je..😆 #taipingbandarwarisan❤️ #taipingbandarwarisan❤️ #taiping
♬ bunyi asal – mirazaini_adha – mirazaini_adha
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.