fbpx
Now Reading
“Hang Tak Ingat Kampung Ka?” – Adik Beradik Terpisah Selama 50 Tahun Bertemu Kembali Buat Ramai Sebak [Video]

“Hang Tak Ingat Kampung Ka?” – Adik Beradik Terpisah Selama 50 Tahun Bertemu Kembali Buat Ramai Sebak [Video]

Menerusi video tersebut, difahamkan ahli keluarga mereka yang lain telah meninggal dunia dan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adik-beradik adalah salah satu hadiah yang diberikan oleh Allah S.W.T buat hambanya. Hal ini kerana tidak semua mempunyai rezeki untuk memiliki adik, abang ataupun kakak.

Dengan adanya adik-beradik, seseorang itu dapat saling berkongsi kasih sayang, membesar bersama-sama dan memperkukuh institusi kekeluargaan.

Kebiasaannya, hubungan adik-beradik akan terpisah buat jangka masa yang singkat sahaja bila sudah meningkat dewasa kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri dan akan berkumpul kembali bila adanya cuti yang panjang atau sesuatu perayaan.

Namun lain pula hal dengan keluarga ini di mana mereka terpisah sejak kecil dan sudah tidak berjumpa berpuluh tahun lamanya hinggalah kedua-duanya lanjut usia.

Warga emas sebak akhirnya berjumpa kembali

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik akaun TikTok @adukakirana3036, kelihatan dua orang warga emas sedang berpelukan menahan sebak disaat berjumpa kembali.

“Bang Chik, Hang (kau) tingal aku lama Bang Chik Noh, hang tak ingat kampung dah,” ujar warga emas terbabit.

Berdasarkan video tersebut, lelaki yang berada di luar kereta merupakan adik kepada warga emas yang sedang duduk di dalam kenderaan berkenaan.

Terpisah selama 50 tahun

Difahamkan, adik-beradik kandung yang berasal dari Jitra, Kedah itu terpisah selama 50 tahun selepas si abang membawa diri ke Lahad Datu, Sabah sebelum mereka akhirnya dipertemukan kembali baru-baru ini.

Menurut lelaki itu lagi, ahli keluarga yang lain telah pun meninggal dunia menyebabkan hanya mereka dua beradik sahaja yang tinggal.

“Takda siapa dah Bang Chik” kata warga emas itu lagi sambil menangis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat video terbabit serta mendoakan hubungan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.